Friday, January 20, 2012

BUKAN 7 PERHENTIAN...Part 4..


“Dekat Johor kerja apa? Aku bertanya bila aku lihat gadis tu dah terbuka matanya. 
Aku cuba ajaknya berbual untuk menghilangkan rasa takut yang hadir dalam diri aku.

“Alah kerja kilang aje bang, bolehlah setakat nak tolong keluarga sikit-sikit. Lagipun bagi orang yang takde sijil yang tinggi macam saya ni bolehlah.”

“Alah kerja mana-mana pun boleh asalkan ianya halal.”

“Betul tu bang, janji saya tak menyusahkan sapa-sapa. Emm....abang pakai minyak wangi apa ni. Wangi semacam aje saya bau. Naik tengik hidung saya.”

“Aaa....Minyak wangi? Ooo....bukan minyak wangi  tapi pewangi kereta.” Aku cuba berdalih bukan apa aku takut kalau gadis ni rasa takut pulak. 

Dahlah aku ni rasanya dah separuh nak mati akibat takut yang melampau. Aku tak nak tambah lagi manalah tahu kalau tiba-tiba aje gadis ni histeria pulak.
“Ye ke?
“Kemaman tinggal kat mana?
“Kat Sri Bandi, takpelah nanti kalau dah dekat nak sampai saya bagitaulah kat abang ye.” 


Habis berkata-kata gadis tu pun mendiamkan diri sambil kepalanya menyandar pada kusyen dan memejamkan matanya. 


Aku pulak terus memandu dengan kelajuan yang agak tinggi buka apa aku nak cepat sampai. Bau wangi yang hadir dalam teksi aku semakin hilang baunya dan aku sedikit merasa lega. Aku memandang kearah cermin belakang. Aku sedikit terkejut bilamana aku lihat gadis tadi dah takde di belakang.

BUKAN 7 PERHENTIAN....part 3


    Teksi aku bergerak melepasi Kampung Merchang. Aku nampak gadis itu mengeliat dan mengosokkan matanya.

“Kita dah sampai kat mana ni bang.” Tanya gadis itu sambil meninjau balik tingkap memerhatikan malam yang semakin kelam.
“Baru melepasi Merchang. Eerr..tadi masa saya berhenti kat stesen minyak. Cik pergi mana?” aku bertanya sekadar untuk memuaskan hati aku yang semakin confius ni.

“Hmm...takde pergi mana. Lagipun saya mengantuk sangat. Kenapa abang tanya macam tu?”
“Ohh...takde apa-apa. Bukan apa takutlah cik nak basuh muka ke, apa ke.” 

Ya Allah Ya TuhanKu selamatkanlah perjalanan aku ni. Sepanjang perjalanan aku tak henti-henti berdoa dalam hati agar permudahkan perjalanan aku ni. 

Sampai kat Kuala Abang, kawasan sini sedikit lengang, aku cuba jugak ajak gadis ni berbual tapi hampeh, gadis ni lebih suka mendiamkan diri lepas tu tidur balik. 

Aku ni bukannya apa kalau ada orang berbual kurang sikit rasa mengantuk, kalau tak rasa macam nak tertutup aje. Tengah syok-syok memandu tiba-tiba hidung aku menangkap satu bau yang cukup wangi. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. 

Nak kata bau minyak wangi tapi masa gadis ni masuk takde pun baunya. Aku menghidu bau ketiak aku. Ciss....bau macam bangkai. Aku mengosok hidung aku bagi menghilangkan bau ketiak aku. Faham-faham ajelah dah seharian aku tak mandi. Aku pandang gadis tu dari balik cermin belakang. 

Aku tengok dia tu selamba aje dok tidur lagi. Sesekali adalah jugak dia tersedar lepas tu tidur balik. Aku jugak yang tak boleh tidur. Dada aku rasa macam nak pecah bila fikirkan pasal ni. Rasanya mau aku turunkan aje gadis ni kat tepi jalan ni.

BUKAN 7 PERHENTIAN....part 2


“Alah bolehlah bang, saya sebenarnya tertidur tadi, itu yang tak sedar. Tengok-tengok dah sampai kat Terengganu. Kalau tak saya taklah menyusahkan abang. Bolehkan? 
Takpe kalau abang nak bayaran lebih pun saya boleh bayar, abang sebut aje.” Suara gadis tu dah macam nak menangis pulak. Aku ni pantang kalau dengar orang pompuan menangis aku jadi sayu hati nak-nak kalau pompuan muda. 

Itu yang tak tahan tu. Aku tengok muka gadis ni rasa kesianlah pulak. Nasiblah aku bujang terlajak kalau tak mahu aku berperang dengan bini aku pasal balik lewat ni.

“Hmm...bolehlah.” Selepas berfikir untuk seketika akhirnya aku bersetuju ditambah pulak bila aku dengar gadis ni nak bayar lebih. Duit beb...sapa yang tak nak duit.

“Terima kasihlah bang.” Gadis tu tersenyum cuma aku ajelah yang kelat sikit sebab aku tak pernah jalan jauh macam ni. Sorang-sorang pulak tu. 

Biasanya kalau aku jalan jauh macam ni aku ajak kawan aku yang teman. Untuk beberapa ketika mengantuk aku hilang sekejab. Suasana kembali sunyi bilamana aku lihat gadis tu terlena lagi. Wah! Bukan main lagi dia tidur, aku jugak yang terpaksa memandu. Patutlah tak sedar tempat nak berhenti kalau dah lagu ni dia tidur. Nasib-nasib.
     
Aku memberhentikan teksi aku di stesen Petronas. Sambil-sambil isi minyak kereta aku mengambil kesempatan untuk membasuh muka dan membeli sebotol air Livita untuk hilangkan mengantuk. 

Bila aku sampai kat kereta aku tengok gadis tu dah takde. Aku pandang sekeliling manalah tahu kot-kot gadis tu pergi ke tandas. Tapi tak nampak apa-apa pun. Aku ambik keputusan untuk bertanya pada pekerja disitu. Tapi hampeh. 
Katanya dia tak nampak sapa-sapa pun yang turun kat situ, kebanyakan yang turun semuanya lelaki, pompuan takde. Jangan- jangan......Biar betul. 

Takut pulak rasanya. Perjalanan jauh lagi ½ perjalanan pun tak sampai lagi. 
Aku cuba intai kat tandas pompuan tapi gelap aje. Macam tak pernah ada orang masuk. Kemudian aku kembali semula ke teksi aku. Aku jenguk balik ikut tingkap. Ya! Allah punyalah terperanjat aku. 

Rupanya gadis tu ada kat dalam tengah syok lagi tidur tapi apasal aku tak nampak dia tadi hah? Confius pulak rasanya. Aku pun apalagi cepat-cepat masuk kedalam teksi dan cepat-cepat juga aku menghidupkan enjin teksi aku bilamana hidung aku menangkap satu bau yang cukup wangi. 

Nak kata gadis ni pakai minyak wangi apasal dari tadi aku tak bau apa-apa. Bau hangit ketiak dia adalah. 

BUKAN 7 PERHENTIAN.....part 1


   
Kerja memandu teksi macam aku ni begitu memenatkan tambahan pulak kalau penumpang takde bertambahlah penat tapi yang paling penat sekali adalah bahagian  poket aku. Mana nak bayar bil, mana nak simpan, mana nak makan. Semuanya nak kena fikir. 

Tapi takpelah penat pun penatlah janji aku buat kerja yang halal. Suatu hari masa aku sedang berehat kat tepi teksi aku, datang sorang gadis yang bertudung, manis sekali katanya nak sewa teksi aku. 
Aku pun apalagi bagai orang yang mengantuk di sorongkan bantal. Aku pun bersetuju tanpa bertanyakan destinasi gadis tu. Aku mengangkat begnya. 
Semuanya ada 3 buah beg, besarnya mengalahkan orang baru balik dari mekah. Mungkin juga budak ni baru balik jalan jauh agaknya.
    
Masuk aje dalam teksi, gadis tu bercakap banyak pun cuma sekali sekala aku nampak gadis tu asyik tersengih aje macam kerang busuk dah. Aku ingatkan gadis ni tak betul tapi rupanya tengah sibuk main sms. Apalah nak jadi orang sekarang ni. 

Kalau zaman aku dulu suka sorang-sorang macam ni dah lama dah jadi penghuni tetap Tanjung Rambutan. Jam dekat dashboard dah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Mata aku rasa begitu berat sekali. Ada penumpang pun berat mulut. 

Kalau tak hilanglah sikit rasa mengantuk aku. Nampak gayanya terpaksalah aku yang memulakan bicara bagi menghilangkan rasa mengantuk aku yang semakin bermaharajalela.

“Cik ni nak kemana sebenarnya.” Tanya aku memecahkan kesunyian. Sesekali aku meraup muka aku.
“Oh!ya, saya lupa nak bagitau, saya sebenarnya nak balik ke Kemaman, boleh tak? Gadis tu mengensot kedepan dan cepat-cepat menyimpan telefon bimbitnya kedalam beg tangannya.
“Kemaman? Laa....kenapa tak cakap jauh tu, saya tak bawa teksi sampai kesana setakat sini-sini aje.” 
Aduh...masalah betullah minah ni, masa naik tadi takde pulak dicakapnya nak pergi ke Kemaman. Silap aku juga yang tak tanya kat mana nak pergi. Tulah excited sangat ada penumpang masalah betullah dahlah hari dah lewat sangat. 
Aku mengaru-garu kepala aku yang sedikit gatal akibat lupa nak pakai shampoo pagi tadi.

Tuesday, January 10, 2012

BETUL TAK TIPU...Part 8...


“Betul ke apa yang awak cakap ni? Tanya Cikgu Ramlah sambil membetulkan kacamatanya yang agak tebal macam buntut kuali.
“Betul cikgu saya tak tipu.” Aku mengesat mulut aku yang dibasahi air liur masa aku bercerita tadi. Aku nampak cikgu Ramlah mengeleng-gelengkan kepalanya dan memandang kearah aku. 
Semua pelajar yang ada dalam kelas aku ketawa terbahak-bahak. Arianti, yang duduk di sebelah aku hampir pengsan menahan ketawanya. Aku hanya memandang dengan muka yang agak mual. 
Aku pulak sempat memandang pada Razak yang menekan-nekan perutnya yang sedikit buncit itu sambil melelehkan air mata dan air liur. Takpe..takpe...ketawalah. eeeii...rasanya nak sumbat aje botol minuman dalam mulut besar Shanti tu.
“Okey dah...dah....semua pelajar diam dan awak, Intan, Cikgu nak awak bawa kerusi pergi duduk tepi kelas sampai habis waktu saya. Berdiri atas kerusi. Faham!
“Tapi cikgu. Saya cakap betul cikgu saya tak tipu.” Aku masih lagi membela diri aku yang memang dah salah sebab tak siapkan kerja sekolah yang diberikan.
“Dahlah awak tak buat kerja sekolah, masuk lewat masa saya lepas tu awak boleh buat cerita yang bukan-bukan, awak ingat saya ni bodoh ke nak percaya dengan cakap awak tu. Awak ingat saya tak tahu ke yang awak tu asyik baca buku Harry Potter masa saya sedang mengajar kat depan. 
Awak ingat saya tak tahu ke kegiatan awak. Semuanya saya tahu. Saya ingatkan kalau awak buat cerita macam ni lagi baik awak tak payah sekolah lebih baik awak jadi penulis dengan idea merapu awak yang bukan-bukan tu. Hah! Hari tu dalam kelas Cikgu Shafie awak menjerit kononnya ada orang nak bunuh awak. Hei! Tolonglah.... saya takde masa nak layan awak dan dah jangan cakap banyak awak bawa kerusi pergi duduk kat luar sebelum saya tambah lagi hukuman dan denda untuk awak. 
Pastikan sebelum keluar awak ambil kerja sekolah yang awak tak siap semalam dan siapkan sambil berdiri atas kerusi. FAHAM!”  Cikgu Ramlah menjegilkan matanya yang sememangnya dah terjegil. Dengan langkah malas aku mengheret kerusi menuju ke tepi koridor kelas aku. 
Aku menghentak kerusi dan kaki aku pada lantai. Aku sempat jugak menjeling kedalam kelas dan telinga aku masih lagi dapat menangkap suara-suara sumbang yang sedang mentertawakan aku. Hampeh betullah. 

BETUL TAK TIPU....part 7..


Apa yang aku harus buat. Lelaki tu memandang  aku untuk seketika dan membuang kain kelubung yang baru dipakai sebaik saja aku sampai tadi. Aku lihat wajahnya sudah berubah dari hensem giler tadi dah berubah menjadi keadaan yang agak mengerunkan. 
Mulutnya semakin memanjang dengan gigi yang tajam keluar sedikit demi sedikit dengan air liur yang meleleh membuatkan tekak aku loya dan aku pasti apa yang dicakapkan oleh sekumpulan lelaki yang berpakaian pelik tadi memang benar dan tepat. 
Tapi itu semua sudah terlambat. Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak perbuatan yang mulia macam aku ni hampeh. Ingat nak dapat pahala tolong orang last-last aku jugak yang kena minta tolong dengan orang. Semasa proses pertukaran itu aku cuba mencari apa-apa yang boleh aku buat senjata. Mata aku terpandang pada sebatang kayu yang agak besar. 
Aku cuba mencapainya tapi tak sampai dan aku cuba lagi menguisnya dengan kaki malangnya itu jugak tak dapat sebab kayu tu yang agak besar. Macamana ye nak buat. Aku dapat satu idea. 
Aku membongkok dan mengigit tangan lelaki tu yang dipenuhi bulu. Eeiii.....gelinya aku. Rasa nak muntah pulak. 
Rancangan aku berjaya dan aku cepat-cepat mengambil kayu tu lantas aku menghentak di kepala lelaki yang sudah bertukar rupa itu. Lelaki tu jatuh tersungkur dan aku pun cepat-cepat keluar dari situ. 
Baru aku melangkah kaki aku tiba-tiba dipegang oleh lelaki tu dan aku pulak yang jatuh tersungkur macam nangka busuk daa....nasib kayu tu masih aku pegang dan tanpa menunggu lama aku pun menghentaknya sekali lagi. Aku perhati lelaki itu langsung tak bergerak. Dah mati agaknya. 
Tapi kalau mati pun apa yang aku peduli. Jangan haraplah aku nak tolong lagi. Aku cepat-cepat pulang kerumah dalam suasana malam yang agak mengerunkan.

BETUL TAK TIPU....part 6..


“Terima kasih sebab tolong saya” suara yang agak kasar terpancul dari mulutnya yang langsung kelihatan tidak bergerak. Aku tak tahulah lelaki bercakap dengan mengunakan mulutnya atau menggunakan apa sebab memang aku tak nampak langsung bibirnya bergerak dan mulutnya terbuka ke apa ke aku tak tahu.
“Sama-sama. Oh! Ya ni ada sedikit makanan dan juga ubat untuk awak.” Aku meletakkan plastik yang berisi makanan yang aku ambil dari rumah tadi.
“Takpe terima kasih saja, saya tak perlukan makanan tu tapi.....”
“Tapi apa? Aku bertanya soalan yang kedengaran sedikit bodoh memandangkan aku dah tahu siapa lelaki di hadapan aku ni.
“Saya tak perlukan semua tu.” Soalan aku dijawab dengan suara yang agak kasar.
“Kalau awak tak makan nanti awak tak larat. Takut pula kalau sakit awak tu semakin teruk. Saya pun dah nak balik ni.” Aku bergegas untuk pulang memandangka hari yang dah semakin gelap. Belum pun sempat aku keluar lelaki tu menyambar tangan aku dengan agak kasar.
“Eh! Apa ni sakit tau.” Aku cuba meleraikan tangan lelaki tu ternyata usaha aku hanya sia-sia. Pegangannya semakin kuat dan aku menjerit kesakitan.
“Aku tak perlukan makanan yang kau bawa tapi aku perlukan darah kau...ha..ha..ha...ada juga orang yang bodoh menyerah dirinya sendiri. Ha....ha....” ketawa lelaki yang bangang ni bergema di dalam gua yang semakin kelam ni. 
Aku hanya mampu melihat bila lelaki ni menyepak plastik yang berisi makanan yang aku bawa untuknya. Tak berperikemanusiaan langsung. Tapi logik jugak dia ni takde sifat-sifat murni seorang manusia, kan dia ni pra manusia. Aku cuba merentap tapi tak berjaya. 
Aku rasa nak menangis bukan rasa lagi dah tapi memang aku dah menangis. Mak ...ayah...tolonglah saya. Lelaki tu mengheret aku ke dalam gua yang semakin jauh aku rasakan. 

BETUL TAK TIPU....part 5..


"Boleh saya tanya"?
 “Boleh.” Tergamam aku untuk seketika. Chewah macam dalam iklan rejoice pulak, alah iklan yang cari subang tu. Eh! Apahal pulak yang aku melalut ni.
“Ada tak nampak seorang lelaki yang berpakaian macam saya di sekitar sini.”
“Ttt....emm...tak nampak...err...la...la..gipun sssa...sssaya bbbaru lalu kat ssinniii...” Suara aku langsung tak teratur aku takut benar masa tu. Aku harap sangat agar orang tu tak perasan dengan keadaan aku agak gabra.
“takpelah.” Lelaki tu pun berlalu dari situ meninggalkan aku dengan seribu kelegaan. Aku cepat-cepat mengayuh basikal aku menuju kerumah. 
Nasib aku baik bila aku lihat takde sapa-sapa kat rumah aku. Ini memudahkan aku untuk mengambil apa saja tanpa banyak soal. Lepas aku kutip semua yang diperlukan aku pun cepat-cepat keluar dari rumah. 
Bukan apa takut bertembung dengan ahli keluarga aku nanti banyak pulak songehnya. Dengan keadaan yang begitu penat dan lelah dengan peluh yang membasahi baju aku dengan ketiak yang agak berbau akhirnya aku sampai jugak kat tempat lelaki yang aku selamatkan tadi. 
Aku pandang sekeliling bila aku lihat lelaki tadi dah takde kat tempat yang aku letak tadi. Aku separuh ketakutan. Nak menjerit aku tak tahu nama dia apa. 
Aku terfikir jangan-jangan lelaki tu dah bertukar menjadi jeng...jeng....(sedikit muzik saspen untuk menyedapkan cerita) mata aku melilau memandang atas dan bawah gua. 
Bukan apa buatnya diterjah aku dari belakang ke dari atas ke atau dari sudut mana pun tak ke naya aku. Niat nak tolong orang kan dah bertukar jadi cerita lain pulak. Lagipun orang tak tahu aku kat mana sekarang. Aku berpusing untuk keluar dari gua tu. Ya Allah terperanjatnya aku bila aku lihat lelaki tu kat depan aku. Kuss...semangat nasib aku takde lemah jantung kalau ada mau terbongkang aku meninggal kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...