Kerja memandu teksi macam aku ni begitu
memenatkan tambahan pulak kalau penumpang takde bertambahlah penat tapi yang
paling penat sekali adalah bahagian poket aku. Mana nak bayar bil, mana nak
simpan, mana nak makan. Semuanya nak kena fikir.
Tapi takpelah penat pun
penatlah janji aku buat kerja yang halal. Suatu hari masa aku sedang berehat
kat tepi teksi aku, datang sorang gadis yang bertudung, manis sekali katanya
nak sewa teksi aku.
Aku pun apalagi bagai orang yang mengantuk di sorongkan
bantal. Aku pun bersetuju tanpa bertanyakan destinasi gadis tu. Aku mengangkat
begnya.
Semuanya ada 3 buah beg, besarnya mengalahkan orang baru balik dari
mekah. Mungkin juga budak ni baru balik jalan jauh agaknya.
Masuk aje dalam teksi, gadis tu bercakap
banyak pun cuma sekali sekala aku nampak gadis tu asyik tersengih aje macam
kerang busuk dah. Aku ingatkan gadis ni tak betul tapi rupanya tengah sibuk
main sms. Apalah nak jadi orang sekarang ni.
Kalau zaman aku dulu suka
sorang-sorang macam ni dah lama dah jadi penghuni tetap Tanjung Rambutan. Jam
dekat dashboard dah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Mata aku rasa begitu
berat sekali. Ada penumpang pun berat mulut.
Kalau tak hilanglah sikit rasa
mengantuk aku. Nampak gayanya terpaksalah aku yang memulakan bicara bagi
menghilangkan rasa mengantuk aku yang semakin bermaharajalela.
“Cik ni nak
kemana sebenarnya.” Tanya aku memecahkan kesunyian. Sesekali aku meraup muka
aku.
“Oh!ya, saya
lupa nak bagitau, saya sebenarnya nak balik ke Kemaman, boleh tak? Gadis tu
mengensot kedepan dan cepat-cepat menyimpan telefon bimbitnya kedalam beg
tangannya.
“Kemaman?
Laa....kenapa tak cakap jauh tu, saya tak bawa teksi sampai kesana setakat
sini-sini aje.”
Aduh...masalah betullah minah ni, masa naik tadi takde pulak
dicakapnya nak pergi ke Kemaman. Silap aku juga yang tak tanya kat mana nak
pergi. Tulah excited sangat ada penumpang masalah betullah dahlah hari dah
lewat sangat.
Aku mengaru-garu kepala aku yang sedikit gatal akibat lupa nak
pakai shampoo pagi tadi.
No comments:
Post a Comment