Friday, January 20, 2012

BUKAN 7 PERHENTIAN....part 2


“Alah bolehlah bang, saya sebenarnya tertidur tadi, itu yang tak sedar. Tengok-tengok dah sampai kat Terengganu. Kalau tak saya taklah menyusahkan abang. Bolehkan? 
Takpe kalau abang nak bayaran lebih pun saya boleh bayar, abang sebut aje.” Suara gadis tu dah macam nak menangis pulak. Aku ni pantang kalau dengar orang pompuan menangis aku jadi sayu hati nak-nak kalau pompuan muda. 

Itu yang tak tahan tu. Aku tengok muka gadis ni rasa kesianlah pulak. Nasiblah aku bujang terlajak kalau tak mahu aku berperang dengan bini aku pasal balik lewat ni.

“Hmm...bolehlah.” Selepas berfikir untuk seketika akhirnya aku bersetuju ditambah pulak bila aku dengar gadis ni nak bayar lebih. Duit beb...sapa yang tak nak duit.

“Terima kasihlah bang.” Gadis tu tersenyum cuma aku ajelah yang kelat sikit sebab aku tak pernah jalan jauh macam ni. Sorang-sorang pulak tu. 

Biasanya kalau aku jalan jauh macam ni aku ajak kawan aku yang teman. Untuk beberapa ketika mengantuk aku hilang sekejab. Suasana kembali sunyi bilamana aku lihat gadis tu terlena lagi. Wah! Bukan main lagi dia tidur, aku jugak yang terpaksa memandu. Patutlah tak sedar tempat nak berhenti kalau dah lagu ni dia tidur. Nasib-nasib.
     
Aku memberhentikan teksi aku di stesen Petronas. Sambil-sambil isi minyak kereta aku mengambil kesempatan untuk membasuh muka dan membeli sebotol air Livita untuk hilangkan mengantuk. 

Bila aku sampai kat kereta aku tengok gadis tu dah takde. Aku pandang sekeliling manalah tahu kot-kot gadis tu pergi ke tandas. Tapi tak nampak apa-apa pun. Aku ambik keputusan untuk bertanya pada pekerja disitu. Tapi hampeh. 
Katanya dia tak nampak sapa-sapa pun yang turun kat situ, kebanyakan yang turun semuanya lelaki, pompuan takde. Jangan- jangan......Biar betul. 

Takut pulak rasanya. Perjalanan jauh lagi ½ perjalanan pun tak sampai lagi. 
Aku cuba intai kat tandas pompuan tapi gelap aje. Macam tak pernah ada orang masuk. Kemudian aku kembali semula ke teksi aku. Aku jenguk balik ikut tingkap. Ya! Allah punyalah terperanjat aku. 

Rupanya gadis tu ada kat dalam tengah syok lagi tidur tapi apasal aku tak nampak dia tadi hah? Confius pulak rasanya. Aku pun apalagi cepat-cepat masuk kedalam teksi dan cepat-cepat juga aku menghidupkan enjin teksi aku bilamana hidung aku menangkap satu bau yang cukup wangi. 

Nak kata gadis ni pakai minyak wangi apasal dari tadi aku tak bau apa-apa. Bau hangit ketiak dia adalah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...