Friday, January 20, 2012

BUKAN 7 PERHENTIAN ...part 5


Aku mengosok mata aku untuk melihat buat kali kedus. Syukur. Aku nampak gadis tu. Rupanya gadis tu dah terlentok tidur. 

Entah apa kenalah aku malam ni pun aku tak tahulah. Macam-macam yang menganggu fikiran aku biasa takdelah macam ni. Entah-entah aku ni bawa anak pontianak tak. Tak pun anak orang bunian. Tak pun aku bawa langsuir. 

Hisshh...apa yang aku dok merepek ni. Tapi kalau nak difikirkan secara logik zaman sekarang ni dah moden mana ada hantu. Hantu sekarang pun dah terpaksa sembunyi kat tempat lain. Macamana tak sembunyi kat tempat lain kalau dah semuanya nak merakam gambar hantu. Malaslah nak fikir pasal ni.
     
Perjalanan aku dah pun memasuki bandar Dungun, walaupun agak lewat tapi masih banyak kereta yang lalu lalang. Kuranglah sikit rasa sunyi dekat jalan raya ni. Aku berdoa dalam hati agar cepat sampai. 

Tak sanggup rasanya aku nak melalui saat yang sungguh mendebarkan ini. Orang nak kata aku ni pengecut pun katalah aku tak kisah kalau diorang lalu saat macam yang aku lalu ni tentu diorang akan rasa apa yang aku rasa ni. Lama menunggu lampu bertukar hijau aku melihat ke belakang. 

Asyik tidur aje. Macam takde kerja lain. Aku meraup muka aku beberapa kali. Melalui Sekolah Teknik dan juga Politeknik bermakna aku akan melalu kawasan Bukit Bauk yang banyak menyimpan cerita-cerita mistik. Aku menaikkan sedikit cermin kereta yang aku turunkan sebentar tadi.
     
Keadaan luar yang agak gelap dan kelam buat otak aku berfikir yang bukan-bukan. Dengar cerita dulu kat Bukit Bauk ni ada puteri bunian yang tinggal. Tak tahulah betul ke tidak. 

Kalau betul pun rasanya tak ingin aku nak jumpa. Biarlah orang lain yang jumpa jangan aku sudah. Selepas mengambil selekoh, hidung aku terhidu bau yang sangat busuk. Kembang kempis hidung aku menahan bau yang tahap longkang tu. Aku pusing ke belakang. 

Aku tengok gadis tu masih tidur takkanlah orang tidur boleh kentut kot. Aku perlahankan sikit kelajuan yang aku bawa untuk melihat kot-kot ada timbunan sampah yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan ini. Takde apa-apa pun. Naik sebu rasanya perut aku. Nak termuntah aku. 

Tapi yang herannya gadis tu okey aje tidur. Nafas aku tengok turun naik selamba aje. Takkanlah tak berbau kot. Aku dah mual dah rasanya tunggu nak keluarkan isi perut aje tapi aku tahan. ½ jam lepas tu barulah baunya hilang tu pun nasib baik aku turunkan sikit cermin kereta kalau tak mau mati aku kelemasan menghidu bau yang tahap tosik ni. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...