Tuesday, January 10, 2012

BETUL TAK TIPU....Part 3..


“Terima kasih, sekarang cabut yang dekat bahagian perut saya pulak. Cepat sikit.” Kedengaran suara yang agak perlahan dari mulut orang berjubah itu. Mungkin akibat menanggung kesakitan yang teramat sangat.
“Baiklah.....1....2....3....sama macam tadi sekali rentap anak panah tu tercabut. Kepala aku dah sedikit pening. Apa tak peningnya bau darah yang hanyir dengan limpaha darah yang banyak buat aku rasa mual. 
Selepas menabur serbuk itu aku mencari kain untuk membalutnya tapi hampeh tak jumpa pun. Nak koyak kain sekolah aku tak berani, aku takut mak pelangkung aku. At last aku biarkan aje macam tu.  Aku tengok elok aje darah pun dah kering. Magik betullah.
“Tolong bawa saya keluar dari sini.” Lepas dari tu aku nampak lelaki tu dah pun jatuh tersungkur. Aku panik untuk seketika. 
Apa yang aku nak buat hah. Bingung betullah. Aku cuba mengangkat tubuh lelaki tu. Ya! Allah makan apalah agaknya lelaki ni. Berat nak mampus. Bila dah stabil aku mengheret lelaki tu tapi kemana yang aku nak bawa dia pergi. 
Mata aku melilau mencari tempat yang selamat. Nak bawa balik kerumah aku takut pulak manalah tahu kalau-kalau lelaki seorang yang jahat. Tengok pada gaya yang macam ahli sihir ni buat aku kecut perut aje. 
Aku menyandar tubuh aku pada sebatang pokok sambil menampung tubuh lelaki ni yang amat berat. Makan batu agaknya. Selepas berfikir untuk seketika barulah aku teringat yang ada tempat macam gua di balik air terjun yang selalu aku lepak sambil baca buku tu. Aku pun cepat-cepat mebawa tubuh berat lelaki ni menuju kearah air terjun.
 Akhirnya sampai jugak aku. Dah lenjun baju aku bermandikan peluh yang merembes rasa macam dah mandilah pulak. “Oksigen...oksigen.....macam nak mati rasanya. Aku berpaling melihat lelaki nyata ianya masih belum lagi sedar dari pengsan. 
Selepas berehat untuk seketika aku pun mengheret lagi tubuh sasa lelaki ni kearah gua kecik. Selepas tu aku meninggalkannya untuk kembali kerumah bagi mengambil apa-apa yang diperlukan oleh lelaki terutamanya makanan. Rasa-rasanya hari ni aku dah tak pergi sekolah dah lewat benar rasanya. 
Aku keluar menuju kejalan besar tempat aku tinggalkan basikal aku tadi. Sampai disana aku nampak beberapa orang lelaki yang agak mencurigakan. Pakaiannya sama macam lelaki yang aku tolong tadi. Jangan-jangan lelaki tu sama kumpulan dengan orang-orang yang ada depan aku ni. Aku mengheret perlahan basikal sambil-sambil tu telinga aku cuba mendengar apa yang sedang orang tu bualkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...