“Dekat Johor
kerja apa? Aku bertanya bila aku lihat gadis tu dah terbuka matanya.
Aku cuba
ajaknya berbual untuk menghilangkan rasa takut yang hadir dalam diri aku.
“Alah kerja
kilang aje bang, bolehlah setakat nak tolong keluarga sikit-sikit. Lagipun bagi
orang yang takde sijil yang tinggi macam saya ni bolehlah.”
“Alah kerja
mana-mana pun boleh asalkan ianya halal.”
“Betul tu bang,
janji saya tak menyusahkan sapa-sapa. Emm....abang pakai minyak wangi apa ni.
Wangi semacam aje saya bau. Naik tengik hidung saya.”
“Aaa....Minyak
wangi? Ooo....bukan minyak wangi tapi pewangi
kereta.” Aku cuba berdalih bukan apa aku takut kalau gadis ni rasa takut pulak.
Dahlah aku ni rasanya dah separuh nak mati akibat takut yang melampau. Aku tak
nak tambah lagi manalah tahu kalau tiba-tiba aje gadis ni histeria pulak.
“Ye ke?
“Kemaman tinggal
kat mana?
“Kat Sri Bandi, takpelah nanti kalau dah dekat nak
sampai saya bagitaulah kat abang ye.” Habis berkata-kata gadis tu pun mendiamkan diri sambil kepalanya menyandar pada kusyen dan memejamkan matanya.
Aku pulak terus memandu dengan kelajuan yang agak tinggi buka apa aku nak cepat sampai. Bau wangi yang hadir dalam teksi aku semakin hilang baunya dan aku sedikit merasa lega. Aku memandang kearah cermin belakang. Aku sedikit terkejut bilamana aku lihat gadis tadi dah takde di belakang.
No comments:
Post a Comment