“Apa yang saya boleh buat ni? Rasanya itu
soalan yang bodoh. Ingatkan orang berjubah tu akan tengking aku tapi sebaliknya
pulak orang tu membuka jubahnya dan mempamerkan wajah yang sungguh tampan
sekali rasanya ada iras-iras Jonny Deep.
aku terpaku seketika. Diri aku rasa
berada di awang-awangan sebelum aku dikejutkan dengan suara teriakkan dekat
betul dengan telinga aku. Rasa pekak sekejab telinga aku. Mata aku pun rasa
berpinar akibat dari jeritan yang agak membingitkan ini.
Cheh! Harap muka aje
lawa tapi budi bahasa kurang. Dahlah nak minta aku tolong main jerit-jerit
pulak nasib baiklah aku ni seorang masyarakat yang begitu prihatin terhadap
masalah-masalah yang macam ni kalau tak jangan haraplah aku nak tolong.
Aku menaikkan kening aku, untuk bertanya
rasanya aku dah malas. “Tolong...cabutkan anak panah ni. Saya dah tak tahan
lagi.” Gila apa agaknya. Ingat senang ke nak cabut, silap-silap bersembur darah
macamana. Nanti kalau dia ni mati sebabkan darah tak cukup macamana. Nanti aku
jugak yang disabitkan dengan tuduhan membunuh. Tak mahulah aku. Aku masih
berfikir.
“Takpe
bila awak dah cabut anak panah tu awak taburkan serbuk ni atas luka saya.”
Aiik! Macam tahu aje apa yang fikir. Heran ni.
Macam magik pulak rasanya. Orang
berjubah itu menghulurkan satu botol yang mengandungi serbuk yang berwarna
keperakkan dan tangan aku pantas aje mencapai botol tu tanpa bertanya apa-apa
lagi.
Tangan aku agak mengigil bila nak mencabut anak panah yang melekat pada
kulit orang berjubah itu. Dengan lafaz Bismillah aku menarik anak panah tu
dengan sekali tarik aje. Kelihatan darah merah mengalir dengan agak laju dan
dengan tangan yang terketar aku cepat-cepat membuka tudung yang menutup botol
kecik tu lantas aku menabur sedikit serbuk itu. Selepas itu aku membalut luka
tu dengan sapu tangan good morning yang biasa aku bawa ke sekolah.
Walaupun
baunya agak masam sedikit tapi okeylah tambah-tambah dalam keadaan darurat
macam ni. Rasanya boleh di maafkan. Aku
memandang sekilas kearah orang yang berjubah itu. Aku nampak peluh membasahi
hampir seluruh mukanya. Orang berjubah itu kemudiannya membuang kayu yang
digigitnya.
No comments:
Post a Comment