Thursday, November 22, 2012

PENUNGGU RUMAH TUA..Part 3


“Untuk pertahanan” Beria-ia aje air muka Mat beritahu aku.

“Pertahanan?...ha..ha..ha.. kau ni kelakarlah, orang kalau nak tangkap hantu bukan pakai kayu tapi pakailah sabun breeze eh! Sabun breeze pulak pakailah ayat Al-Quran barulah hantu tu lari ni apa daa, tulah suruh sekolah tak nak la ni bodoh bertingkat-tingkat.”

“Amboi...amboi...sedapnya kata aku bodoh kau tu pun apa kurangnya.”
“Kau marah ke?” aku bertanya lagi soalan yang bodoh
“Taklah seronok sangat.” Hampir meledak ketawa aku bila Mat mengajuk cakap Ahmad Nisfu pandai betul si Mat ni buat kelakar.

         Malam pun makin sunyi tapi mata aku masih tak mahu nak tidur, aku tengok Mat,Mat tengok aku kalau ada tv boleh jugak aku tengok cerita. Mat bangun sambil mengambil kaset yang ada ditepi dinding, lepas tu kami dengar lagu dangdut,aduh! Macam takde lagu lain tengah syok-syok aku terdengar sesuatu, aku cuit Mat, tanya dia apa yang berbunyi tu, Mat kata itulah penunggu yang ada kat rumahnya. 

Sepanjang malam aku tak dapat tidur macam-macam bunyi yang datang, aku cuba jugak lelapkan mata aku, baru aje nak lelap ada benda jatuh atas perut aku yang tak berbaju,melompat aku terkejut sakan aku siap bersilat lagi yang si Mat ni pulak sibuk dok peluk aku geli aku. Kuss! Semangat terkejut gila aku.

“Oooiii...dah jom kita tengok apa yang dah berlaku tu.” Mat mengekor aku dari belakang rasa terkejut yang aku alami tadi masih belum hilang dan aku mengurut dada aku, rasa macam nak luruh jantung aku.

“Mat... aku rasa nak baliklah sebab aku rasa tak sedap hatilah.”
“Kau gila apa takkan nak tinggal aku sorang-sorang kat rumah.” Mat membeliakkan matanya tanda tak setuju dengan apa yang aku katakan.

“Laa.... nikan rumah kau nak takut apa.” Aku menolak tubuh Mat jauh sikit dari aku asyik bertepek aje rimas betullah kalau badan tu wangi takpelah jugak ni ada sikit bau asamlah, tak tahan aku.

“Laa.. bila masa aku kata yang aku ni takut cuma yang aku nak tahu kenapa kau nak balik janga-jangan kau yang takut tak? Mat tersengih-sengih memandang aku sambil menaikkan keningnya ala-ala Ziana Zain gitu.

“Ha..ha..ha.. mana ada, aku selamber aje. Tapikan Mat aku rasa perkara ni tak boleh di diamkan ianya mesti dibawa ketengah, jom esok ikut aku kerumah dukun Seman, dia kalau bab-bab yang melibatkan soal-soal hantu ni memang hebat, aku memang tabiklah kat dia.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...