Thursday, November 22, 2012

PENUNGGU RUMAH TUA...Part 4


“Boleh percaya ke? Tanya Mat agak kurang yakin sambil mengaru-garu bekas gigitan nyamuk, maklumlah orang miskin ubat nyamuk pun tak mampu nak beli.

“Tak percaya sudah, lagipun aku dah mengantuk nak tidur, selamat malam.” Aku mengiring ke sebelah kanan sambil cuba melelapkan mata walhal masa tu Allah aje yang tahu betapa kecutnya perut aku. Takut beb....

“Yelah....yelah....aku pergi esok kau temankan aku ye, “ Huarghhhh... Mat menguap sambil mengaru-garu pangkal ketiaknya dipenuhi bulu dan merebahkan tubuhnya disisi Mail, sekurang-kurangnya hilang sikit perasaan takutnya bilamana Mail sudi untuk temankannya tidur. Dalam dok berkira-kira tu mamat 2 ekor ni pun terlelap tanpa menyedari bahawa ada berpuluh-puluh mata yang sedang memerhatikanya sambil tersenyum.

         Pagi-pagi lagi aku dan Mat pergi kerumah dukun Seman yang dikatakan agak terror dalam bab-bab menangkap hantu ni cuma dalam bab-bab menangkap ikan aje yang dukun Seman ni belum mahir sebab dukun Seman bukannya seorang nelayan.Selepas bercerita dengan panjang lebar aku dan Mat pun balik kerumah masing-masing. 

Bagi aku sendiri rasanya dah tak sanggup untuk aku menjejakkan lagi kaki aku kat rumah Mat tapi bila memandangkan yang Mat tu kawan aku terpaksalah aku berkorban jiwa dan raga.

         Malam tu tepat jam 10.00 malam aku kerumah mat, malam tu suasananya begitu terang dengan cahaya bulan penuh berbanding dengan lampu picit aku yang nak suluh air kencing sendiri pun tak nampak,  sesekali bila angin bertiup aku rasa semacam aje, aku pun apalagi langkah seribulah tambahan pulak aku nampak semak tu asyik bergoyang aje.

“tuk...tuk....,” Aku mengetuk pintu rumah Mat sambil mata aku meliar memandang sekeliling, rasa macam ada orang tengok aje yang si Mat ni pulak lambat betullah buka pintu.

“Mat..oooo...Mat..” Aku melaung sambil tangan aku mengoncang pintu rumah Mat kalau tak bukak jugak aku terajang aje.
“Nanti..nanti.. aku datang ni.” Aku terdengar derap kaki berlari untuk buka pintu.
“Ooooiii... apasal lambat ni takut tau tinggal sorang kat rumah ni.” Aku tengok muka Mat pucat semacam aje.

“Laa...rumah sendiri pun nak takut, rilekslah hah ni dukun Seman tu dah datang ke belum tak nampak bayang pun.” Aku melilau mata mencari kelibat dukun Seman kot-kot dah sampai.

“Tak payah cari orang tua tu belum sampai lagi entah-entah tak datang kot.”
“Entahlah aku pun tak tahu tapi katanya tadi kan jadi kita tunggu aje lah, takde ke makan-makan air kopi ke?.”

 “Kau nak makan ke nak minum ke cari sendiri rumah aku takde orang gaji, faham” Aku kedapur sambil diikuti oleh Mat yang langsung tak boleh berenggang dari aku, apa punya penakut aku pun tak tahu,aku ni pun takut jugak tapi takdelah sampai asyik ikut buntut orang aje.

         Hampir setengah jam menunggu barulah dukun Seman sampai dengan berpakaian serba hitam mengalahkan panglima peranglah pulak. Dukun Seman pun mengatur peralatan yang dibawa di tengah-tengah ruang tamu. Aku dan Mat hanya memerhatikan saja apa yang dilakukan oleh dukun Seman, sesekali aku nampak mulutnya terkumat-kamit entah apa yang dia baca pun aku tak tahu satu apa pun tak dengar.

“Heh! Mat kau tarik telinga aku ye.” Aku mencuit bahu Mat sambil mengosok-gosok pangkal telinga aku yang terasa pedih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...