Friday, January 20, 2012

BUKAN 7 PERHENTIAN....part 6


    Baru ni lega sikit bau busuk tu datang lagi. Naik menyampah aku menghidunya. Nak kata aku kentut takkanlah aku tak perasan aku kentut. 

Nak kata gadis tu yang kentut pun tak logik juga, takkanlah orang yang sedang tidur nyenyak boleh kentut. Tak masuk akal langsung. Aku rasa macam nak menjerit aje. Aku dah tak tahan dah bau yang tahap bangkai berulat ni. 

Ya! Allah apalah dosa aku bawa penumpang ni. Kalau macam ni selalu macamana aku nak cari rezeki. Naik pening kepala aku. Aku ambil minyak cap kapak yang memang sentiasa aku sediakan dan menyapu sedikit di kiri kanan kepala aku dan sedikit dekat hidung. Ah! Barulah lega. 

Habis aje bau busuk bau wangi pulak yang menerpa tapi kalau bau wangi takpelah kurang sikit kepala aku tapi dari mana pulak bau ni datang. Lepas ni jangan haraplah aku nak bawa penumpang yang jauh macam ni. Cukuplah sekali aje. Tak dapat duit lebih pun takpelah jangan aku tak diganggu macam ni. Seriau aku di buatnya.
   

Keadaan sedikit tenang untuk seketika. Dapatlah aku memandu dalam keadaan yang cukup tenang tanpa gangguan dari apa-apa pun. Tengah syok-syok memandu tiba-tiba gadis itu menjerit-jerit suruh aku behentikan kereta. Punyalah terperanjatnya aku, nasib tak terbabas. 

Aku brek mengejut mendecit bunyi tayar. Nasib baik kereta tak banyak. Dalam tak banyak tu aku sempat dihonkan oleh beberapa buah kereta. Aku berhenti betul-betul kat Stesen Petronas Paka. Semua yang ada kat situ memandang aku dengan pandangan yang seolah-olah macam aku nak buat jahat kat penumpang. Serta merta bau yang busuk tu kembali menerjah lubang hidung aku yang baru aje sebentar tadi kembali normal. Aku menekup hidung aku.. uwekk...rasa nak muntah pulak. Apa punya balalah.

“Apahal ni cik. Histeria ke? Aku bercakap sambil menutup hidung aku.
“Takde apalah bang, saya nak stesen Petronas kejab.” Kata gadis tu sambil  menekan-nekan perutnya dengan muka yang berkerut.
“Nak buat apa? Minyak teksi saya banyak lagi ni.”
“Bukan nak isi minyak tapi saya nak ke tandas, saya sakit perut sangat. Takpelah saya tak tahan dah ni.” 

Gadis tu bergegas lari ke stesen Petronas menuju ke tandas sambil menahan sakit perut yang amat sangat, dalam pada tu sempat lagi dia membuang bau busuk yang sama aku hidu dalam teksi tadi. Hampeh betullah. Cilanat punya penumpang rupanya dia yang melepas. Aku ingatkan apa tadi. Buat penat aje aku takut setengah mati. Setan betullah. Uwweekkk........berterabur isi perut aku dalam longkang. Celaka betullah.

BUKAN 7 PERHENTIAN ...part 5


Aku mengosok mata aku untuk melihat buat kali kedus. Syukur. Aku nampak gadis tu. Rupanya gadis tu dah terlentok tidur. 

Entah apa kenalah aku malam ni pun aku tak tahulah. Macam-macam yang menganggu fikiran aku biasa takdelah macam ni. Entah-entah aku ni bawa anak pontianak tak. Tak pun anak orang bunian. Tak pun aku bawa langsuir. 

Hisshh...apa yang aku dok merepek ni. Tapi kalau nak difikirkan secara logik zaman sekarang ni dah moden mana ada hantu. Hantu sekarang pun dah terpaksa sembunyi kat tempat lain. Macamana tak sembunyi kat tempat lain kalau dah semuanya nak merakam gambar hantu. Malaslah nak fikir pasal ni.
     
Perjalanan aku dah pun memasuki bandar Dungun, walaupun agak lewat tapi masih banyak kereta yang lalu lalang. Kuranglah sikit rasa sunyi dekat jalan raya ni. Aku berdoa dalam hati agar cepat sampai. 

Tak sanggup rasanya aku nak melalui saat yang sungguh mendebarkan ini. Orang nak kata aku ni pengecut pun katalah aku tak kisah kalau diorang lalu saat macam yang aku lalu ni tentu diorang akan rasa apa yang aku rasa ni. Lama menunggu lampu bertukar hijau aku melihat ke belakang. 

Asyik tidur aje. Macam takde kerja lain. Aku meraup muka aku beberapa kali. Melalui Sekolah Teknik dan juga Politeknik bermakna aku akan melalu kawasan Bukit Bauk yang banyak menyimpan cerita-cerita mistik. Aku menaikkan sedikit cermin kereta yang aku turunkan sebentar tadi.
     
Keadaan luar yang agak gelap dan kelam buat otak aku berfikir yang bukan-bukan. Dengar cerita dulu kat Bukit Bauk ni ada puteri bunian yang tinggal. Tak tahulah betul ke tidak. 

Kalau betul pun rasanya tak ingin aku nak jumpa. Biarlah orang lain yang jumpa jangan aku sudah. Selepas mengambil selekoh, hidung aku terhidu bau yang sangat busuk. Kembang kempis hidung aku menahan bau yang tahap longkang tu. Aku pusing ke belakang. 

Aku tengok gadis tu masih tidur takkanlah orang tidur boleh kentut kot. Aku perlahankan sikit kelajuan yang aku bawa untuk melihat kot-kot ada timbunan sampah yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan ini. Takde apa-apa pun. Naik sebu rasanya perut aku. Nak termuntah aku. 

Tapi yang herannya gadis tu okey aje tidur. Nafas aku tengok turun naik selamba aje. Takkanlah tak berbau kot. Aku dah mual dah rasanya tunggu nak keluarkan isi perut aje tapi aku tahan. ½ jam lepas tu barulah baunya hilang tu pun nasib baik aku turunkan sikit cermin kereta kalau tak mau mati aku kelemasan menghidu bau yang tahap tosik ni. 

BUKAN 7 PERHENTIAN...Part 4..


“Dekat Johor kerja apa? Aku bertanya bila aku lihat gadis tu dah terbuka matanya. 
Aku cuba ajaknya berbual untuk menghilangkan rasa takut yang hadir dalam diri aku.

“Alah kerja kilang aje bang, bolehlah setakat nak tolong keluarga sikit-sikit. Lagipun bagi orang yang takde sijil yang tinggi macam saya ni bolehlah.”

“Alah kerja mana-mana pun boleh asalkan ianya halal.”

“Betul tu bang, janji saya tak menyusahkan sapa-sapa. Emm....abang pakai minyak wangi apa ni. Wangi semacam aje saya bau. Naik tengik hidung saya.”

“Aaa....Minyak wangi? Ooo....bukan minyak wangi  tapi pewangi kereta.” Aku cuba berdalih bukan apa aku takut kalau gadis ni rasa takut pulak. 

Dahlah aku ni rasanya dah separuh nak mati akibat takut yang melampau. Aku tak nak tambah lagi manalah tahu kalau tiba-tiba aje gadis ni histeria pulak.
“Ye ke?
“Kemaman tinggal kat mana?
“Kat Sri Bandi, takpelah nanti kalau dah dekat nak sampai saya bagitaulah kat abang ye.” 


Habis berkata-kata gadis tu pun mendiamkan diri sambil kepalanya menyandar pada kusyen dan memejamkan matanya. 


Aku pulak terus memandu dengan kelajuan yang agak tinggi buka apa aku nak cepat sampai. Bau wangi yang hadir dalam teksi aku semakin hilang baunya dan aku sedikit merasa lega. Aku memandang kearah cermin belakang. Aku sedikit terkejut bilamana aku lihat gadis tadi dah takde di belakang.

BUKAN 7 PERHENTIAN....part 3


    Teksi aku bergerak melepasi Kampung Merchang. Aku nampak gadis itu mengeliat dan mengosokkan matanya.

“Kita dah sampai kat mana ni bang.” Tanya gadis itu sambil meninjau balik tingkap memerhatikan malam yang semakin kelam.
“Baru melepasi Merchang. Eerr..tadi masa saya berhenti kat stesen minyak. Cik pergi mana?” aku bertanya sekadar untuk memuaskan hati aku yang semakin confius ni.

“Hmm...takde pergi mana. Lagipun saya mengantuk sangat. Kenapa abang tanya macam tu?”
“Ohh...takde apa-apa. Bukan apa takutlah cik nak basuh muka ke, apa ke.” 

Ya Allah Ya TuhanKu selamatkanlah perjalanan aku ni. Sepanjang perjalanan aku tak henti-henti berdoa dalam hati agar permudahkan perjalanan aku ni. 

Sampai kat Kuala Abang, kawasan sini sedikit lengang, aku cuba jugak ajak gadis ni berbual tapi hampeh, gadis ni lebih suka mendiamkan diri lepas tu tidur balik. 

Aku ni bukannya apa kalau ada orang berbual kurang sikit rasa mengantuk, kalau tak rasa macam nak tertutup aje. Tengah syok-syok memandu tiba-tiba hidung aku menangkap satu bau yang cukup wangi. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. 

Nak kata bau minyak wangi tapi masa gadis ni masuk takde pun baunya. Aku menghidu bau ketiak aku. Ciss....bau macam bangkai. Aku mengosok hidung aku bagi menghilangkan bau ketiak aku. Faham-faham ajelah dah seharian aku tak mandi. Aku pandang gadis tu dari balik cermin belakang. 

Aku tengok dia tu selamba aje dok tidur lagi. Sesekali adalah jugak dia tersedar lepas tu tidur balik. Aku jugak yang tak boleh tidur. Dada aku rasa macam nak pecah bila fikirkan pasal ni. Rasanya mau aku turunkan aje gadis ni kat tepi jalan ni.

BUKAN 7 PERHENTIAN....part 2


“Alah bolehlah bang, saya sebenarnya tertidur tadi, itu yang tak sedar. Tengok-tengok dah sampai kat Terengganu. Kalau tak saya taklah menyusahkan abang. Bolehkan? 
Takpe kalau abang nak bayaran lebih pun saya boleh bayar, abang sebut aje.” Suara gadis tu dah macam nak menangis pulak. Aku ni pantang kalau dengar orang pompuan menangis aku jadi sayu hati nak-nak kalau pompuan muda. 

Itu yang tak tahan tu. Aku tengok muka gadis ni rasa kesianlah pulak. Nasiblah aku bujang terlajak kalau tak mahu aku berperang dengan bini aku pasal balik lewat ni.

“Hmm...bolehlah.” Selepas berfikir untuk seketika akhirnya aku bersetuju ditambah pulak bila aku dengar gadis ni nak bayar lebih. Duit beb...sapa yang tak nak duit.

“Terima kasihlah bang.” Gadis tu tersenyum cuma aku ajelah yang kelat sikit sebab aku tak pernah jalan jauh macam ni. Sorang-sorang pulak tu. 

Biasanya kalau aku jalan jauh macam ni aku ajak kawan aku yang teman. Untuk beberapa ketika mengantuk aku hilang sekejab. Suasana kembali sunyi bilamana aku lihat gadis tu terlena lagi. Wah! Bukan main lagi dia tidur, aku jugak yang terpaksa memandu. Patutlah tak sedar tempat nak berhenti kalau dah lagu ni dia tidur. Nasib-nasib.
     
Aku memberhentikan teksi aku di stesen Petronas. Sambil-sambil isi minyak kereta aku mengambil kesempatan untuk membasuh muka dan membeli sebotol air Livita untuk hilangkan mengantuk. 

Bila aku sampai kat kereta aku tengok gadis tu dah takde. Aku pandang sekeliling manalah tahu kot-kot gadis tu pergi ke tandas. Tapi tak nampak apa-apa pun. Aku ambik keputusan untuk bertanya pada pekerja disitu. Tapi hampeh. 
Katanya dia tak nampak sapa-sapa pun yang turun kat situ, kebanyakan yang turun semuanya lelaki, pompuan takde. Jangan- jangan......Biar betul. 

Takut pulak rasanya. Perjalanan jauh lagi ½ perjalanan pun tak sampai lagi. 
Aku cuba intai kat tandas pompuan tapi gelap aje. Macam tak pernah ada orang masuk. Kemudian aku kembali semula ke teksi aku. Aku jenguk balik ikut tingkap. Ya! Allah punyalah terperanjat aku. 

Rupanya gadis tu ada kat dalam tengah syok lagi tidur tapi apasal aku tak nampak dia tadi hah? Confius pulak rasanya. Aku pun apalagi cepat-cepat masuk kedalam teksi dan cepat-cepat juga aku menghidupkan enjin teksi aku bilamana hidung aku menangkap satu bau yang cukup wangi. 

Nak kata gadis ni pakai minyak wangi apasal dari tadi aku tak bau apa-apa. Bau hangit ketiak dia adalah. 

BUKAN 7 PERHENTIAN.....part 1


   
Kerja memandu teksi macam aku ni begitu memenatkan tambahan pulak kalau penumpang takde bertambahlah penat tapi yang paling penat sekali adalah bahagian  poket aku. Mana nak bayar bil, mana nak simpan, mana nak makan. Semuanya nak kena fikir. 

Tapi takpelah penat pun penatlah janji aku buat kerja yang halal. Suatu hari masa aku sedang berehat kat tepi teksi aku, datang sorang gadis yang bertudung, manis sekali katanya nak sewa teksi aku. 
Aku pun apalagi bagai orang yang mengantuk di sorongkan bantal. Aku pun bersetuju tanpa bertanyakan destinasi gadis tu. Aku mengangkat begnya. 
Semuanya ada 3 buah beg, besarnya mengalahkan orang baru balik dari mekah. Mungkin juga budak ni baru balik jalan jauh agaknya.
    
Masuk aje dalam teksi, gadis tu bercakap banyak pun cuma sekali sekala aku nampak gadis tu asyik tersengih aje macam kerang busuk dah. Aku ingatkan gadis ni tak betul tapi rupanya tengah sibuk main sms. Apalah nak jadi orang sekarang ni. 

Kalau zaman aku dulu suka sorang-sorang macam ni dah lama dah jadi penghuni tetap Tanjung Rambutan. Jam dekat dashboard dah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Mata aku rasa begitu berat sekali. Ada penumpang pun berat mulut. 

Kalau tak hilanglah sikit rasa mengantuk aku. Nampak gayanya terpaksalah aku yang memulakan bicara bagi menghilangkan rasa mengantuk aku yang semakin bermaharajalela.

“Cik ni nak kemana sebenarnya.” Tanya aku memecahkan kesunyian. Sesekali aku meraup muka aku.
“Oh!ya, saya lupa nak bagitau, saya sebenarnya nak balik ke Kemaman, boleh tak? Gadis tu mengensot kedepan dan cepat-cepat menyimpan telefon bimbitnya kedalam beg tangannya.
“Kemaman? Laa....kenapa tak cakap jauh tu, saya tak bawa teksi sampai kesana setakat sini-sini aje.” 
Aduh...masalah betullah minah ni, masa naik tadi takde pulak dicakapnya nak pergi ke Kemaman. Silap aku juga yang tak tanya kat mana nak pergi. Tulah excited sangat ada penumpang masalah betullah dahlah hari dah lewat sangat. 
Aku mengaru-garu kepala aku yang sedikit gatal akibat lupa nak pakai shampoo pagi tadi.

Tuesday, January 10, 2012

BETUL TAK TIPU...Part 8...


“Betul ke apa yang awak cakap ni? Tanya Cikgu Ramlah sambil membetulkan kacamatanya yang agak tebal macam buntut kuali.
“Betul cikgu saya tak tipu.” Aku mengesat mulut aku yang dibasahi air liur masa aku bercerita tadi. Aku nampak cikgu Ramlah mengeleng-gelengkan kepalanya dan memandang kearah aku. 
Semua pelajar yang ada dalam kelas aku ketawa terbahak-bahak. Arianti, yang duduk di sebelah aku hampir pengsan menahan ketawanya. Aku hanya memandang dengan muka yang agak mual. 
Aku pulak sempat memandang pada Razak yang menekan-nekan perutnya yang sedikit buncit itu sambil melelehkan air mata dan air liur. Takpe..takpe...ketawalah. eeeii...rasanya nak sumbat aje botol minuman dalam mulut besar Shanti tu.
“Okey dah...dah....semua pelajar diam dan awak, Intan, Cikgu nak awak bawa kerusi pergi duduk tepi kelas sampai habis waktu saya. Berdiri atas kerusi. Faham!
“Tapi cikgu. Saya cakap betul cikgu saya tak tipu.” Aku masih lagi membela diri aku yang memang dah salah sebab tak siapkan kerja sekolah yang diberikan.
“Dahlah awak tak buat kerja sekolah, masuk lewat masa saya lepas tu awak boleh buat cerita yang bukan-bukan, awak ingat saya ni bodoh ke nak percaya dengan cakap awak tu. Awak ingat saya tak tahu ke yang awak tu asyik baca buku Harry Potter masa saya sedang mengajar kat depan. 
Awak ingat saya tak tahu ke kegiatan awak. Semuanya saya tahu. Saya ingatkan kalau awak buat cerita macam ni lagi baik awak tak payah sekolah lebih baik awak jadi penulis dengan idea merapu awak yang bukan-bukan tu. Hah! Hari tu dalam kelas Cikgu Shafie awak menjerit kononnya ada orang nak bunuh awak. Hei! Tolonglah.... saya takde masa nak layan awak dan dah jangan cakap banyak awak bawa kerusi pergi duduk kat luar sebelum saya tambah lagi hukuman dan denda untuk awak. 
Pastikan sebelum keluar awak ambil kerja sekolah yang awak tak siap semalam dan siapkan sambil berdiri atas kerusi. FAHAM!”  Cikgu Ramlah menjegilkan matanya yang sememangnya dah terjegil. Dengan langkah malas aku mengheret kerusi menuju ke tepi koridor kelas aku. 
Aku menghentak kerusi dan kaki aku pada lantai. Aku sempat jugak menjeling kedalam kelas dan telinga aku masih lagi dapat menangkap suara-suara sumbang yang sedang mentertawakan aku. Hampeh betullah. 

BETUL TAK TIPU....part 7..


Apa yang aku harus buat. Lelaki tu memandang  aku untuk seketika dan membuang kain kelubung yang baru dipakai sebaik saja aku sampai tadi. Aku lihat wajahnya sudah berubah dari hensem giler tadi dah berubah menjadi keadaan yang agak mengerunkan. 
Mulutnya semakin memanjang dengan gigi yang tajam keluar sedikit demi sedikit dengan air liur yang meleleh membuatkan tekak aku loya dan aku pasti apa yang dicakapkan oleh sekumpulan lelaki yang berpakaian pelik tadi memang benar dan tepat. 
Tapi itu semua sudah terlambat. Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak perbuatan yang mulia macam aku ni hampeh. Ingat nak dapat pahala tolong orang last-last aku jugak yang kena minta tolong dengan orang. Semasa proses pertukaran itu aku cuba mencari apa-apa yang boleh aku buat senjata. Mata aku terpandang pada sebatang kayu yang agak besar. 
Aku cuba mencapainya tapi tak sampai dan aku cuba lagi menguisnya dengan kaki malangnya itu jugak tak dapat sebab kayu tu yang agak besar. Macamana ye nak buat. Aku dapat satu idea. 
Aku membongkok dan mengigit tangan lelaki tu yang dipenuhi bulu. Eeiii.....gelinya aku. Rasa nak muntah pulak. 
Rancangan aku berjaya dan aku cepat-cepat mengambil kayu tu lantas aku menghentak di kepala lelaki yang sudah bertukar rupa itu. Lelaki tu jatuh tersungkur dan aku pun cepat-cepat keluar dari situ. 
Baru aku melangkah kaki aku tiba-tiba dipegang oleh lelaki tu dan aku pulak yang jatuh tersungkur macam nangka busuk daa....nasib kayu tu masih aku pegang dan tanpa menunggu lama aku pun menghentaknya sekali lagi. Aku perhati lelaki itu langsung tak bergerak. Dah mati agaknya. 
Tapi kalau mati pun apa yang aku peduli. Jangan haraplah aku nak tolong lagi. Aku cepat-cepat pulang kerumah dalam suasana malam yang agak mengerunkan.

BETUL TAK TIPU....part 6..


“Terima kasih sebab tolong saya” suara yang agak kasar terpancul dari mulutnya yang langsung kelihatan tidak bergerak. Aku tak tahulah lelaki bercakap dengan mengunakan mulutnya atau menggunakan apa sebab memang aku tak nampak langsung bibirnya bergerak dan mulutnya terbuka ke apa ke aku tak tahu.
“Sama-sama. Oh! Ya ni ada sedikit makanan dan juga ubat untuk awak.” Aku meletakkan plastik yang berisi makanan yang aku ambil dari rumah tadi.
“Takpe terima kasih saja, saya tak perlukan makanan tu tapi.....”
“Tapi apa? Aku bertanya soalan yang kedengaran sedikit bodoh memandangkan aku dah tahu siapa lelaki di hadapan aku ni.
“Saya tak perlukan semua tu.” Soalan aku dijawab dengan suara yang agak kasar.
“Kalau awak tak makan nanti awak tak larat. Takut pula kalau sakit awak tu semakin teruk. Saya pun dah nak balik ni.” Aku bergegas untuk pulang memandangka hari yang dah semakin gelap. Belum pun sempat aku keluar lelaki tu menyambar tangan aku dengan agak kasar.
“Eh! Apa ni sakit tau.” Aku cuba meleraikan tangan lelaki tu ternyata usaha aku hanya sia-sia. Pegangannya semakin kuat dan aku menjerit kesakitan.
“Aku tak perlukan makanan yang kau bawa tapi aku perlukan darah kau...ha..ha..ha...ada juga orang yang bodoh menyerah dirinya sendiri. Ha....ha....” ketawa lelaki yang bangang ni bergema di dalam gua yang semakin kelam ni. 
Aku hanya mampu melihat bila lelaki ni menyepak plastik yang berisi makanan yang aku bawa untuknya. Tak berperikemanusiaan langsung. Tapi logik jugak dia ni takde sifat-sifat murni seorang manusia, kan dia ni pra manusia. Aku cuba merentap tapi tak berjaya. 
Aku rasa nak menangis bukan rasa lagi dah tapi memang aku dah menangis. Mak ...ayah...tolonglah saya. Lelaki tu mengheret aku ke dalam gua yang semakin jauh aku rasakan. 

BETUL TAK TIPU....part 5..


"Boleh saya tanya"?
 “Boleh.” Tergamam aku untuk seketika. Chewah macam dalam iklan rejoice pulak, alah iklan yang cari subang tu. Eh! Apahal pulak yang aku melalut ni.
“Ada tak nampak seorang lelaki yang berpakaian macam saya di sekitar sini.”
“Ttt....emm...tak nampak...err...la...la..gipun sssa...sssaya bbbaru lalu kat ssinniii...” Suara aku langsung tak teratur aku takut benar masa tu. Aku harap sangat agar orang tu tak perasan dengan keadaan aku agak gabra.
“takpelah.” Lelaki tu pun berlalu dari situ meninggalkan aku dengan seribu kelegaan. Aku cepat-cepat mengayuh basikal aku menuju kerumah. 
Nasib aku baik bila aku lihat takde sapa-sapa kat rumah aku. Ini memudahkan aku untuk mengambil apa saja tanpa banyak soal. Lepas aku kutip semua yang diperlukan aku pun cepat-cepat keluar dari rumah. 
Bukan apa takut bertembung dengan ahli keluarga aku nanti banyak pulak songehnya. Dengan keadaan yang begitu penat dan lelah dengan peluh yang membasahi baju aku dengan ketiak yang agak berbau akhirnya aku sampai jugak kat tempat lelaki yang aku selamatkan tadi. 
Aku pandang sekeliling bila aku lihat lelaki tadi dah takde kat tempat yang aku letak tadi. Aku separuh ketakutan. Nak menjerit aku tak tahu nama dia apa. 
Aku terfikir jangan-jangan lelaki tu dah bertukar menjadi jeng...jeng....(sedikit muzik saspen untuk menyedapkan cerita) mata aku melilau memandang atas dan bawah gua. 
Bukan apa buatnya diterjah aku dari belakang ke dari atas ke atau dari sudut mana pun tak ke naya aku. Niat nak tolong orang kan dah bertukar jadi cerita lain pulak. Lagipun orang tak tahu aku kat mana sekarang. Aku berpusing untuk keluar dari gua tu. Ya Allah terperanjatnya aku bila aku lihat lelaki tu kat depan aku. Kuss...semangat nasib aku takde lemah jantung kalau ada mau terbongkang aku meninggal kat sini.

BETUL TAK TIPU....Part4..


 “Macamana boleh terlepas ni, susah kita kalau macam ni. Tambah pula malam ni kan bulan akan mengambang aku takut kalau dia berubah bentuk, nanti tak pasal-pasal ramai orang yang akan terkorban.” Aku mendengar suara mereka walaupun sedikit berbisik. 
Tapi yang herannya apa yang berubah bentuk dan apa pulak berkaitannya dengan bulan mengambang. Aku cuba lagi untuk mendengarnya dengan berpura-pura rantai basikal tercabut. Sambil membetulkan rantai basikal sambil telinga aku mencuri lagi  mendengar perbualan mereka.
“Apa kata kalau kita cuba bertanya pada orang kampung kat sini. Manalah tahu kalau-kalau mereka ada nampaknya.” Jawab lelaki yang memakai separa topeng di bahagian mukanya.
“Kau gila apa, aku tak rasa yang dia pergi minta pertolongan dengan orang memandangkan keadaannya yang dah luka parah macam tu dan kau ingat orang nak tolong dia bila dapat tahu yang dia tu serigala jadian.” 
Kedengaran suara yang sedikit garau tersenyum sinis memandang kearah aku yang semakin dibasahi peluh. Aku masih tak percaya dengan apa yang aku dengar. Lelaki yang aku tolong tadi tu serigala jadian. Rasanya aku dah bermimpi di siang hari ni. Aku mencubit lengan aku untuk pastikan samada betul-betul atau aku bermimpi. ‘Aauuww.....sakitnya dan memang nyata aku tidak bermimpi di siang hari. 
Apa yang aku harus buat ni. Apa-apa pun aku harus tolong lelaki soal tentang dia siapa atau nak jadi apa itu belakang kira. Aku melintas di hadapan mereka yang berpakaian pelik. 
Aku meneguk air liur yang dah sekian lama terkumpul di anak tekak aku. Belum pun aku jauh dari mereka entah apa yang diorang guna pun aku tak tahu tiba-tiba aje lelaki berkelubung dengan separa topeng di mukanya telah berada di depan aku. Terperanjat berut aku. Beruk pun tak terperanjat macam aku ni.

BETUL TAK TIPU....Part 3..


“Terima kasih, sekarang cabut yang dekat bahagian perut saya pulak. Cepat sikit.” Kedengaran suara yang agak perlahan dari mulut orang berjubah itu. Mungkin akibat menanggung kesakitan yang teramat sangat.
“Baiklah.....1....2....3....sama macam tadi sekali rentap anak panah tu tercabut. Kepala aku dah sedikit pening. Apa tak peningnya bau darah yang hanyir dengan limpaha darah yang banyak buat aku rasa mual. 
Selepas menabur serbuk itu aku mencari kain untuk membalutnya tapi hampeh tak jumpa pun. Nak koyak kain sekolah aku tak berani, aku takut mak pelangkung aku. At last aku biarkan aje macam tu.  Aku tengok elok aje darah pun dah kering. Magik betullah.
“Tolong bawa saya keluar dari sini.” Lepas dari tu aku nampak lelaki tu dah pun jatuh tersungkur. Aku panik untuk seketika. 
Apa yang aku nak buat hah. Bingung betullah. Aku cuba mengangkat tubuh lelaki tu. Ya! Allah makan apalah agaknya lelaki ni. Berat nak mampus. Bila dah stabil aku mengheret lelaki tu tapi kemana yang aku nak bawa dia pergi. 
Mata aku melilau mencari tempat yang selamat. Nak bawa balik kerumah aku takut pulak manalah tahu kalau-kalau lelaki seorang yang jahat. Tengok pada gaya yang macam ahli sihir ni buat aku kecut perut aje. 
Aku menyandar tubuh aku pada sebatang pokok sambil menampung tubuh lelaki ni yang amat berat. Makan batu agaknya. Selepas berfikir untuk seketika barulah aku teringat yang ada tempat macam gua di balik air terjun yang selalu aku lepak sambil baca buku tu. Aku pun cepat-cepat mebawa tubuh berat lelaki ni menuju kearah air terjun.
 Akhirnya sampai jugak aku. Dah lenjun baju aku bermandikan peluh yang merembes rasa macam dah mandilah pulak. “Oksigen...oksigen.....macam nak mati rasanya. Aku berpaling melihat lelaki nyata ianya masih belum lagi sedar dari pengsan. 
Selepas berehat untuk seketika aku pun mengheret lagi tubuh sasa lelaki ni kearah gua kecik. Selepas tu aku meninggalkannya untuk kembali kerumah bagi mengambil apa-apa yang diperlukan oleh lelaki terutamanya makanan. Rasa-rasanya hari ni aku dah tak pergi sekolah dah lewat benar rasanya. 
Aku keluar menuju kejalan besar tempat aku tinggalkan basikal aku tadi. Sampai disana aku nampak beberapa orang lelaki yang agak mencurigakan. Pakaiannya sama macam lelaki yang aku tolong tadi. Jangan-jangan lelaki tu sama kumpulan dengan orang-orang yang ada depan aku ni. Aku mengheret perlahan basikal sambil-sambil tu telinga aku cuba mendengar apa yang sedang orang tu bualkan.

BETUL TAK TIPU.....Part 2...



 “Apa yang saya boleh buat ni? Rasanya itu soalan yang bodoh. Ingatkan orang berjubah tu akan tengking aku tapi sebaliknya pulak orang tu membuka jubahnya dan mempamerkan wajah yang sungguh tampan sekali rasanya ada iras-iras Jonny Deep. 
aku terpaku seketika. Diri aku rasa berada di awang-awangan sebelum aku dikejutkan dengan suara teriakkan dekat betul dengan telinga aku. Rasa pekak sekejab telinga aku. Mata aku pun rasa berpinar akibat dari jeritan yang agak membingitkan ini. 
Cheh! Harap muka aje lawa tapi budi bahasa kurang. Dahlah nak minta aku tolong main jerit-jerit pulak nasib baiklah aku ni seorang masyarakat yang begitu prihatin terhadap masalah-masalah yang macam ni kalau tak jangan haraplah aku nak tolong.  
Aku menaikkan kening aku, untuk bertanya rasanya aku dah malas. “Tolong...cabutkan anak panah ni. Saya dah tak tahan lagi.” Gila apa agaknya. Ingat senang ke nak cabut, silap-silap bersembur darah macamana. Nanti kalau dia ni mati sebabkan darah tak cukup macamana. Nanti aku jugak yang disabitkan dengan tuduhan membunuh. Tak mahulah aku. Aku masih berfikir.
“Takpe bila awak dah cabut anak panah tu awak taburkan serbuk ni atas luka saya.” Aiik! Macam tahu aje apa yang fikir. Heran ni. 
Macam magik pulak rasanya. Orang berjubah itu menghulurkan satu botol yang mengandungi serbuk yang berwarna keperakkan dan tangan aku pantas aje mencapai botol tu tanpa bertanya apa-apa lagi. 
Tangan aku agak mengigil bila nak mencabut anak panah yang melekat pada kulit orang berjubah itu. Dengan lafaz Bismillah aku menarik anak panah tu dengan sekali tarik aje. Kelihatan darah merah mengalir dengan agak laju dan dengan tangan yang terketar aku cepat-cepat membuka tudung yang menutup botol kecik tu lantas aku menabur sedikit serbuk itu. Selepas itu aku membalut luka tu dengan sapu tangan good morning yang biasa aku bawa ke sekolah. 
Walaupun baunya agak masam sedikit tapi okeylah tambah-tambah dalam keadaan darurat macam ni. Rasanya boleh di maafkan.  Aku memandang sekilas kearah orang yang berjubah itu. Aku nampak peluh membasahi hampir seluruh mukanya. Orang berjubah itu kemudiannya membuang kayu yang digigitnya. 

BETUL TAK TIPU.......part 1




     Pagi masih awal benar masa aku turun dari rumah untuk kesekolah yang letaknya kira-kira 2 km dari rumah aku. Aku mengayuh basikal dengan agak perlahan memandangkan waktu yang masih terlalu awal untuk aku sampai ke sekolah. Sedang aku mengelamun sambil mengayuh basikal tiba-tiba telinga aku menangkap satu bunyi yang aku kira agak mengejutkan atau dalam bahasa yang lebih mudah agak menakutkan aku ditambah pula dengan keadaan aku yang sendirian mengayuh tanpa di temani oleh sapa-sapa. 
Aku memperlahankan kayuhan aku sambil-sambil tu aku melebarkan struktur telinga menjadi agak lebar. Tapi sayangnya aku dah tak dengar apa-apa yang agak mencurigakan lantas aku kembali mengayuh basikal aku sambil menyanyi-nyanyi sendirian. 
Belum pun beberapa langkah kayuhan aku, telinga aku menangkap lagi bunyi yang mencurigakan itu. Aku membehentikan basikal lalu aku turun  dari basikal untuk mencari bunyi itu yang aku agak ianya suara manusia.
 Manalah tahu kot-kot ada orang yang telah melakukan perkara yang tak sepatutnya. Aku masuk ke dalam semak dan mencari-cari suara itu. Semakin aku hampir semakin jelas kedengaran suara manusia yang meminta pertolongan. 
Aku berjalan lagi sambil mencari-cari suara itu. Rasanya dah semakin jauh aku berjalan tapi suara tu langsung aku tak jumpa. Entah-entah......eee...takut pulak aku bila membayangkan sesuatu yang tak masuk diakal ni. 
Aku mengambil keputusan untuk blah aje dari situ. Sebaik saja aku berpaling, hampir saja aku menjerit. Macamana aku tak menjerit tiba-tiba aje aku ternampak satu susuk tubuh yang berkelubung kain hitam atau mungkin jubah sedang tersandar di sebatang pokok sambil mengerang kesakitan. 
Aku berfikir sendiri samada aku harus menolongnya atau sekadar menjadi pemerhati saja. “Toolloooong.....toollooong.......saya.” bila dengar suaranya yang agak sayu dan merayu-rayu rasa tak sampai hati pulak. Aku berjalan menghampirinya dengan langkah yang agak perlahan. Aku lihat sebatang anak panah menembusi pangkal bahunya dan sebatang lagi menembusi perutnya. 
Kalau mengikut pengalaman akulah dengan keadaan yang macam ni rasanya orang yang berjubah hitam ni takkan bertahan lebih lama atau dalam bahasa kasarnya mati tapi ajal mautkan ditangan Allah jadi buat apalah aku pulak yang sibuk-sibuk nak tentukan apa yang berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...