Thursday, November 22, 2012

PENUNGGU RUMAH TUA..Part 6


“Kau jangan nak mengada-ngada mak aku tu bersih  lagi suci dia takde main-main simpan-simpan makhluk asing simpan duit kat bank tu adalah, sekali aku lesing baru kau tau.” 

Mat nampaknya marah dengan kata-kata aku yelah sape tak marah bila dengar orang kutuk mak sendirikan, aku pun marah.

 “Rileks aku gurau aje tadi eh! Dahlah aku dah ngantuk sangat aku nak tidurlah.” Aku bangun untuk ke dapur menghantar cawan yang kotor tiba-tiba langkah aku terhenti ada bayang sesuatu yang melintas di hadapan aku, aku terkesima sebentar barulah aku tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam rumah ni, chewah hebat jugak deria rasa aku yang ke-6 ni, tak sangka rupanya dukun Seman dah tipu duit aku dan tipu Mat katanya semua hantu dia dah halau dan lari habis yang melintas kat depan aku ni apa dia, ini tak boleh jadi.

“Ooiii... apa yang kau menungkan kat situ hah, aku nak tutup lampu ni dah ngantuk sangat rasanya.”

“Yelah...yelah aku datang ni.”

“Huarghhh...”Mat menguap sambil mulutnya dihalakan kearah aku, Ya! Allah baunya mengalahkan bangkai dah berapa tahun tak gosok gigi agaknya. Aku baru aje nak melelapkan mata aku tiba-tiba aku terdengar sesuatu di dapur, bunyi pinggan mangkuk berlaga sesama sendiri tak habis dengan itu aku terdengar pulak cawan jatuh habis berkecai kaca atas lantai kayu rumah Mat. 

Aku cepat-cepat bangun sambil menyandarkan diri aku dekat dinding untuk mendengar lagi apa yang akan berlaku nanti, Mat pulak masa tu dah tahap cipan yang hampir mati lemas ketakutan yang menguasai diri Mat menyebabkan Mat duduk hampir dengan aku.

“Hei!...kau jauh sikit dari aku boleh tak? Rimas tau.”Aku menolak tubuh Mat agar jauh dari aku.

“Aku takutlah Mail, kau sendiri dengarkan apa yang aku dengar,” Terketar-ketar suara Mat masa tu aku rasa macam nak ketawa pun ada,buat apa nak takut inikan rumah sendiri entahlah aku pun tak faham dengan budak ni sekor.
“Alah aku pun dengar.” 

Aku mengeliat sambil melakukan sedikit senaman untuk menghilangkan rasa mengantuk yang masih bertandang

“Dah tu apa yang harus kita buat, nak panggil semula ke dukun Seman tu, lagipun kalau panggil lagi aku dah takde duit nak bagi kat tok dukun takkan nak pinjam lagi dengan kau duit yang aku pinjam ni belum tentu aku bayar lagi.” Mat memicit kepalanya yang dah semakin pening dengan keadaan yang sedang berlaku ni.

“Aku rasa tak payahlah, membazir aje lagipun aku sendiri yang akan tangkap hantu tu.” Chewah berlagaklah pulak aku ni.

“Kau nak tangkap hantu tu biar betul, hantu tu Mail, kau jangan main-main.” Mat seolah-olah tak percaya dengan apa yang aku katakan. Tercengang aje tengok aku.

“Sapa kata aku main-main, ini Maillah anak pak Mat Tempe masyhur satu kampung ayah aku jual tempe.”

“Laaa....apa kena mengena pulak dengan tempe, sekarang nikan kita tengah bincang pasal macamana nak tangkap hantu bukan macamana nak buat tempe. Apalah kau ni seriuslah sikit.” Mat ternyata marah dengan apa yang aku katakan.

“Oooiii.....bodoh, bahlul, badigol dan seangkatan dengannya untuk pengetahuan kau rumah kau ni bukannya ada hantu atau penunggu tapi tikus dan kawan-kawannya, itulah rumah tak pernah nak berkemas bersepah sana sini macamana tikus tak membiak silap haribulan bapak ular pun ada agaknya dok berlingkar dalam rumah ni, itulah suruh pergi sekolah belajar sivik macamana nak jaga kebersihan taknak pergi sekarang bodoh bertingkat-tingkat. 

Aku nak masuk tidur malas nak layan orang yang malas macam kau ni.” Lantas aku bangun meninggalkan Mat yang masih termangu di situ menuju ke ruang hadapan untuk sambung balik saki baki rasa mengantuk yang masih lagi hadir dalam diri aku.

“He..he..he.. ye ke ? Aaaaa..ku tak tahu pulak rumah aku ni ada tikus, hmm....esok kau tolong aku kemas rumah aku ye Mail.” Mat tersengih-sengih sambil menagih simpati dari aku walaupun masih marah dengan kata-kata yang aku lemparkan padanya tadi.
    

PENUNGGU RUMAH TUA..Part 5


“Sape pulak tarik telinga kau, aku tengah syok tengok dekun Seman ni berubat, jangan kacaulah.”

Mat menepis tangan aku, ooo.... sombong mentang-mentang dah ada orang, takpe..takpe tapi sape pulak yang tarik telinga aku ni hishh...confius pulak aku rasa, aku pandang sekeliling tapi takde apa-apa pun. 

Aku memandang kearah dukun Seman yang semakin lupa diri tu, sesekali aku nampak dukun Seman ni bersilat tapi tak tahu dengan sape, sesekali aku nampak dukun Seman ni macam tidur aje, ntah apa-apa ntah. Tiba-tiba aku terkejut bilamana dukun Seman menepuk lantai rumah Mat yang reput ni, Fuh! Kuss..semangat aku.

“Hah! Dah selesai semuanya tok dah halau semuanya keluar korang tak perlu risau apa-apa, lintang pukang diorang lari tok pun dah malas nak kejar jauh sangat dah diorang lari, jangan bimbang ye everything it’s okay, chewah cakap orang putih pulak tok ni.”
“Betul ke ni tok, macam tak caya je, tak nampak apa-apa pun.”
“Memanglah tak nampak apa-apa makhluk haluslah katakan.” Waduh!! Bukan main sombonglah pulak tok dukun sekali aku hempuk baru tau. Macam hebat-hebat.

“Takpelah tok pulang dulu tapi sebelum tu duit upahnya macamana.” Tersengih-sengih dukun Seman sambil mengaru-garu tapak tangannya.
“Hah!! Oo....ye duit upah lupalah pulak, nah! tok ikhlas dari saya”
“Aiikk .....$30.00 aje.” Dukun Seman nampaknya tak puas hati dengan upah yang di beri.

“Alah tok tu pun dah kira baiklah tu, kalau tok nak tahu saya pinjam dengan Mail tau ingat senang ke nak dapat duit tu. Sebulan saya menoreh tau.”

“$30.00 pun $30.00 lah janji rock, eh! Janji lepas duit rokok daun aku sudahlah.okeylah tok balik dulu korang tak payahlah nak bimbang apa-apa mulai saat ni korang boleh tidur dengan aman dan damai.” Dukun Seman pun bangun sambil melibas-libas kain hitam yang tersangkut bau tak usah ceritalah buang karan aje.

“Terima kasih banyak-banyaklah tok.” Aku dan Mat menghantar dukun Seman ke muka pintu. Dah hilang tubuh dukun Seman barulah pintu rumah aku tutup, Mat pulak kedapur untuk buat air untuk kami berdua sambil cicah dengan biskut kering sesekali rasa sedap pulak.

“Huh! Barulah aku rasa lega sikit kalau tak takut aku nak tinggal kat sini.” Mat tersenyum sambil mengunyah biskut kering.

“Eleh takut konon yang selama ni kau tinggal sorang-sorang takde apa-apa pun, mengada aje lebih.” Aku menjuihkan bibir aku pada Mat.
“Dulu takde macam ni lepas mak aku meninggal barulah benda-benda pelik macam ni muncul.”

“Eh!!.. jangan-jangan......” belum sempat aku menghabiskan ayat aku yang tergantung tu Mat lebih dulu menyampuk.

PENUNGGU RUMAH TUA...Part 4


“Boleh percaya ke? Tanya Mat agak kurang yakin sambil mengaru-garu bekas gigitan nyamuk, maklumlah orang miskin ubat nyamuk pun tak mampu nak beli.

“Tak percaya sudah, lagipun aku dah mengantuk nak tidur, selamat malam.” Aku mengiring ke sebelah kanan sambil cuba melelapkan mata walhal masa tu Allah aje yang tahu betapa kecutnya perut aku. Takut beb....

“Yelah....yelah....aku pergi esok kau temankan aku ye, “ Huarghhhh... Mat menguap sambil mengaru-garu pangkal ketiaknya dipenuhi bulu dan merebahkan tubuhnya disisi Mail, sekurang-kurangnya hilang sikit perasaan takutnya bilamana Mail sudi untuk temankannya tidur. Dalam dok berkira-kira tu mamat 2 ekor ni pun terlelap tanpa menyedari bahawa ada berpuluh-puluh mata yang sedang memerhatikanya sambil tersenyum.

         Pagi-pagi lagi aku dan Mat pergi kerumah dukun Seman yang dikatakan agak terror dalam bab-bab menangkap hantu ni cuma dalam bab-bab menangkap ikan aje yang dukun Seman ni belum mahir sebab dukun Seman bukannya seorang nelayan.Selepas bercerita dengan panjang lebar aku dan Mat pun balik kerumah masing-masing. 

Bagi aku sendiri rasanya dah tak sanggup untuk aku menjejakkan lagi kaki aku kat rumah Mat tapi bila memandangkan yang Mat tu kawan aku terpaksalah aku berkorban jiwa dan raga.

         Malam tu tepat jam 10.00 malam aku kerumah mat, malam tu suasananya begitu terang dengan cahaya bulan penuh berbanding dengan lampu picit aku yang nak suluh air kencing sendiri pun tak nampak,  sesekali bila angin bertiup aku rasa semacam aje, aku pun apalagi langkah seribulah tambahan pulak aku nampak semak tu asyik bergoyang aje.

“tuk...tuk....,” Aku mengetuk pintu rumah Mat sambil mata aku meliar memandang sekeliling, rasa macam ada orang tengok aje yang si Mat ni pulak lambat betullah buka pintu.

“Mat..oooo...Mat..” Aku melaung sambil tangan aku mengoncang pintu rumah Mat kalau tak bukak jugak aku terajang aje.
“Nanti..nanti.. aku datang ni.” Aku terdengar derap kaki berlari untuk buka pintu.
“Ooooiii... apasal lambat ni takut tau tinggal sorang kat rumah ni.” Aku tengok muka Mat pucat semacam aje.

“Laa...rumah sendiri pun nak takut, rilekslah hah ni dukun Seman tu dah datang ke belum tak nampak bayang pun.” Aku melilau mata mencari kelibat dukun Seman kot-kot dah sampai.

“Tak payah cari orang tua tu belum sampai lagi entah-entah tak datang kot.”
“Entahlah aku pun tak tahu tapi katanya tadi kan jadi kita tunggu aje lah, takde ke makan-makan air kopi ke?.”

 “Kau nak makan ke nak minum ke cari sendiri rumah aku takde orang gaji, faham” Aku kedapur sambil diikuti oleh Mat yang langsung tak boleh berenggang dari aku, apa punya penakut aku pun tak tahu,aku ni pun takut jugak tapi takdelah sampai asyik ikut buntut orang aje.

         Hampir setengah jam menunggu barulah dukun Seman sampai dengan berpakaian serba hitam mengalahkan panglima peranglah pulak. Dukun Seman pun mengatur peralatan yang dibawa di tengah-tengah ruang tamu. Aku dan Mat hanya memerhatikan saja apa yang dilakukan oleh dukun Seman, sesekali aku nampak mulutnya terkumat-kamit entah apa yang dia baca pun aku tak tahu satu apa pun tak dengar.

“Heh! Mat kau tarik telinga aku ye.” Aku mencuit bahu Mat sambil mengosok-gosok pangkal telinga aku yang terasa pedih.

PENUNGGU RUMAH TUA..Part 3


“Untuk pertahanan” Beria-ia aje air muka Mat beritahu aku.

“Pertahanan?...ha..ha..ha.. kau ni kelakarlah, orang kalau nak tangkap hantu bukan pakai kayu tapi pakailah sabun breeze eh! Sabun breeze pulak pakailah ayat Al-Quran barulah hantu tu lari ni apa daa, tulah suruh sekolah tak nak la ni bodoh bertingkat-tingkat.”

“Amboi...amboi...sedapnya kata aku bodoh kau tu pun apa kurangnya.”
“Kau marah ke?” aku bertanya lagi soalan yang bodoh
“Taklah seronok sangat.” Hampir meledak ketawa aku bila Mat mengajuk cakap Ahmad Nisfu pandai betul si Mat ni buat kelakar.

         Malam pun makin sunyi tapi mata aku masih tak mahu nak tidur, aku tengok Mat,Mat tengok aku kalau ada tv boleh jugak aku tengok cerita. Mat bangun sambil mengambil kaset yang ada ditepi dinding, lepas tu kami dengar lagu dangdut,aduh! Macam takde lagu lain tengah syok-syok aku terdengar sesuatu, aku cuit Mat, tanya dia apa yang berbunyi tu, Mat kata itulah penunggu yang ada kat rumahnya. 

Sepanjang malam aku tak dapat tidur macam-macam bunyi yang datang, aku cuba jugak lelapkan mata aku, baru aje nak lelap ada benda jatuh atas perut aku yang tak berbaju,melompat aku terkejut sakan aku siap bersilat lagi yang si Mat ni pulak sibuk dok peluk aku geli aku. Kuss! Semangat terkejut gila aku.

“Oooiii...dah jom kita tengok apa yang dah berlaku tu.” Mat mengekor aku dari belakang rasa terkejut yang aku alami tadi masih belum hilang dan aku mengurut dada aku, rasa macam nak luruh jantung aku.

“Mat... aku rasa nak baliklah sebab aku rasa tak sedap hatilah.”
“Kau gila apa takkan nak tinggal aku sorang-sorang kat rumah.” Mat membeliakkan matanya tanda tak setuju dengan apa yang aku katakan.

“Laa.... nikan rumah kau nak takut apa.” Aku menolak tubuh Mat jauh sikit dari aku asyik bertepek aje rimas betullah kalau badan tu wangi takpelah jugak ni ada sikit bau asamlah, tak tahan aku.

“Laa.. bila masa aku kata yang aku ni takut cuma yang aku nak tahu kenapa kau nak balik janga-jangan kau yang takut tak? Mat tersengih-sengih memandang aku sambil menaikkan keningnya ala-ala Ziana Zain gitu.

“Ha..ha..ha.. mana ada, aku selamber aje. Tapikan Mat aku rasa perkara ni tak boleh di diamkan ianya mesti dibawa ketengah, jom esok ikut aku kerumah dukun Seman, dia kalau bab-bab yang melibatkan soal-soal hantu ni memang hebat, aku memang tabiklah kat dia.”

PENUNGGU RUMAH TUA...Part 2


“Heh! Kau biar betul selama ni aku tak pernah dengar pun kau merungut macam tu agaknya perasaan kau aje tak, maklumlah kau kan tinggal sorang diri kat rumah tu,” Mail nampaknya tak percaya dengan apa yang aku ceritakan dia ingat ni cerita dongeng ke.

“Okey kalau kau tak percaya malam ni datang tidur kat rumah aku baru kau tahu apa yang aku rasa macamana.” Aku pura-pura mengajak Mail nak tengok berani ke tak tapi kalau Mail nak boleh juga sebab taklah aku sorang-sorang bukannya takut sangat tapi tulah seriau.

“Okey boleh malam ni aku datang kau rumah kau pukul 8.30 malam lepas isyak. “Peh! berani jugak mamat ni aku ingatkan tak berani.
“Pak Din kira semua ni.”     
                                                                                                   
“Hmmm...semua sekali $6.00.” Tersengih-sengih Pak Din.

“Aaa... masuk ajelah dalam buku Pak Din lupa bawa duit.” Aku dan Mat pun blah dari situ, sengihan Pak Din dah bertukar semasam asam jawa, lahabau punya budak ingatkan nak bayar kalau macam nilah selalu boleh  bankrap aku. Pak Din hanya mengeluh dalam hati tetapi mukanya tetap membayangkan rasa tak puas hati terhadap budak 2 ekor tu lain kali jangan harap aku bagi diorang makan kat kedai aku ni.

        Malam tu lepas isyak aku bergegas pergi kerumah si Mat tu hari pun dah lewat sangat, lambat-lambat nanti takut pulak maklumlah kat jalan nak masuk rumah Mat tu semak dari lebih kurang tinggi aku, dibuatnya ada benda yang menumpang kat situ bala aku.

 Sampai kat rumah Mat aku nampak Mat dah sedia tunggu aku kat depan rumah dia sambil tersengih-sengih, Mat jemput aku naik lepas tu dia pun blah kat belakang tak tahu pulak aku apa yang dia buat.

 Sementara menunggu Mat ni boring jugak rasanya sebab kat rumah Mat ni takde apa-apa yang ada hanylah sebuah radio buruk yang siarannya sekali ada sekali takde macam iklan biskutlah pulak. Tapi aku sedia maklum sebab Mat ni miskin campur dengan malas jadilah papa kedana. 

Lepas pekena biskut kering dan kopi macam cerita pak belalang yang Mat dah sediakan aku pun merebahkan badan kat tempat tidur yang telah disediakan oleh Mat. Sakit rasa belakang aku sebab tidur hanya beralaskan tikar yang dah putus dua, kadang-kadang tu aku terfikir apa punya miskinlah si Mat sampaikan tilam pun tak mampu nak beli. 

Mat ni pulak entah kemana dari tadi batang hidung dia pun aku tak nampak, berak agaknya, Dalam hampir terlelap Mat masuk dengan membawa 2 batang kayu yang panjang.

“Oooii.. kau nak buat apa dengan batang kayu ni?” aku bangun dari tempat tidur sambil bersila depan Mat, entah apa yang dia nak buat pun aku tak tahulah.

PENUNGGU RUMAH TUA...Part 1


“Ah! Bosan betullah, Mat mengeluh sendirian sambil menanti kawannya yang masih lagi belum nampak batang hidung biasalah janji orang melayu memang macam tu tak pernah nak tepat.

“Hai Mat, apahal ni aku nampak mengeluh aje, Pak Din teh tarik satu,”
“Siap!!!!....” Mail pun tarik kerusi sambil tangannya pantas mencapai sebungkus nasi lemak ,ah! Sedap sungguh bau nasi lemak ni.

“Nah! air kau Mail, ada apa-apa lagi yang kau nak,” tanya Pak Din sambil mengibas kain tuala yang tersidai diatas bahunya, masam aje bau kain tuala tu tak tahan aku.

“takdelah Pak Din, terima kasih aje. Hah! Kau ni Mat dari tadi aku nampak semacam aje aku tanya pun kau tak jawab, kau datang bulan ke, lain macam aje.” Tanya Mail sambil mulutnya mengunyah nasi lemak yang masih tinggal sedikit apa punya melantaklah aku pun tak tahu.

“Datang bulan kepala hotak kau, kau janji aku pukul berapa nak jumpa kat sini, sekarang dah pukul berapa naik kematu punggung aku tunggu kau kat sini.” Mat membebel sambil matanya memerhatikan kearah jalan besar yang semakin sibuk.

“Sorrylah aku kesiangan tadi, mak aku pulak lupa nak kejutkan aku tu pasallah lewat jangan marah aaa.... tapi kenapa kau asyik mengeluh aje aku nak makan pun tak lalu,”

“Apa?? nak makan tak lalu masuk ni dah 3 bungkus tau nasi lemak yang kau bedal, tak lalu konon blahlah lu, yang sebenarnya aku tengah runsing, serabutlah kepala hotak aku ni.” Mat mengaru-garu kepala yang sesekali gatal disebabkan oleh kutu dan kelemumur.

“Yelah kalau ye pun pasal apa, mana tau kot-kot aku boleh tolong kau lagipun kitakan kawan.”

“Rumah aku tulah ada penunggu lah aku rasa.” Akhirnya aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku sejak beberapa hari ni.

“Apa? Penunggu, kau ni apalah yang kau tu bukan penunggu, siang malam pagi petang asyik duduk kat rumah kerja buat takde mengalahkan anak dara aje,tu bukan penunggu namanya.”

“Bukan tulah, tu yang aku malas nak beritahu kat dia ni belum habis cakap dah menyampuk, kalau kau nak tahu tiap-tiap malam aku tak boleh nak tidur, macam-macam yang aku dengar orang koyak kertaslah, tarik kainlah, basuh pinggan mangkuklah, bunyi orang melompatlah, tapi bila aku buka suis api je semua bunyi tu hilang tu yang buat aku rasa seriau tak pasal tu.” Tercenggang Mail mendengar cerita Mat takutlah tu tadi bukan main berani lagi siap kutuk  lagi.

Friday, January 20, 2012

BUKAN 7 PERHENTIAN....part 6


    Baru ni lega sikit bau busuk tu datang lagi. Naik menyampah aku menghidunya. Nak kata aku kentut takkanlah aku tak perasan aku kentut. 

Nak kata gadis tu yang kentut pun tak logik juga, takkanlah orang yang sedang tidur nyenyak boleh kentut. Tak masuk akal langsung. Aku rasa macam nak menjerit aje. Aku dah tak tahan dah bau yang tahap bangkai berulat ni. 

Ya! Allah apalah dosa aku bawa penumpang ni. Kalau macam ni selalu macamana aku nak cari rezeki. Naik pening kepala aku. Aku ambil minyak cap kapak yang memang sentiasa aku sediakan dan menyapu sedikit di kiri kanan kepala aku dan sedikit dekat hidung. Ah! Barulah lega. 

Habis aje bau busuk bau wangi pulak yang menerpa tapi kalau bau wangi takpelah kurang sikit kepala aku tapi dari mana pulak bau ni datang. Lepas ni jangan haraplah aku nak bawa penumpang yang jauh macam ni. Cukuplah sekali aje. Tak dapat duit lebih pun takpelah jangan aku tak diganggu macam ni. Seriau aku di buatnya.
   

Keadaan sedikit tenang untuk seketika. Dapatlah aku memandu dalam keadaan yang cukup tenang tanpa gangguan dari apa-apa pun. Tengah syok-syok memandu tiba-tiba gadis itu menjerit-jerit suruh aku behentikan kereta. Punyalah terperanjatnya aku, nasib tak terbabas. 

Aku brek mengejut mendecit bunyi tayar. Nasib baik kereta tak banyak. Dalam tak banyak tu aku sempat dihonkan oleh beberapa buah kereta. Aku berhenti betul-betul kat Stesen Petronas Paka. Semua yang ada kat situ memandang aku dengan pandangan yang seolah-olah macam aku nak buat jahat kat penumpang. Serta merta bau yang busuk tu kembali menerjah lubang hidung aku yang baru aje sebentar tadi kembali normal. Aku menekup hidung aku.. uwekk...rasa nak muntah pulak. Apa punya balalah.

“Apahal ni cik. Histeria ke? Aku bercakap sambil menutup hidung aku.
“Takde apalah bang, saya nak stesen Petronas kejab.” Kata gadis tu sambil  menekan-nekan perutnya dengan muka yang berkerut.
“Nak buat apa? Minyak teksi saya banyak lagi ni.”
“Bukan nak isi minyak tapi saya nak ke tandas, saya sakit perut sangat. Takpelah saya tak tahan dah ni.” 

Gadis tu bergegas lari ke stesen Petronas menuju ke tandas sambil menahan sakit perut yang amat sangat, dalam pada tu sempat lagi dia membuang bau busuk yang sama aku hidu dalam teksi tadi. Hampeh betullah. Cilanat punya penumpang rupanya dia yang melepas. Aku ingatkan apa tadi. Buat penat aje aku takut setengah mati. Setan betullah. Uwweekkk........berterabur isi perut aku dalam longkang. Celaka betullah.

BUKAN 7 PERHENTIAN ...part 5


Aku mengosok mata aku untuk melihat buat kali kedus. Syukur. Aku nampak gadis tu. Rupanya gadis tu dah terlentok tidur. 

Entah apa kenalah aku malam ni pun aku tak tahulah. Macam-macam yang menganggu fikiran aku biasa takdelah macam ni. Entah-entah aku ni bawa anak pontianak tak. Tak pun anak orang bunian. Tak pun aku bawa langsuir. 

Hisshh...apa yang aku dok merepek ni. Tapi kalau nak difikirkan secara logik zaman sekarang ni dah moden mana ada hantu. Hantu sekarang pun dah terpaksa sembunyi kat tempat lain. Macamana tak sembunyi kat tempat lain kalau dah semuanya nak merakam gambar hantu. Malaslah nak fikir pasal ni.
     
Perjalanan aku dah pun memasuki bandar Dungun, walaupun agak lewat tapi masih banyak kereta yang lalu lalang. Kuranglah sikit rasa sunyi dekat jalan raya ni. Aku berdoa dalam hati agar cepat sampai. 

Tak sanggup rasanya aku nak melalui saat yang sungguh mendebarkan ini. Orang nak kata aku ni pengecut pun katalah aku tak kisah kalau diorang lalu saat macam yang aku lalu ni tentu diorang akan rasa apa yang aku rasa ni. Lama menunggu lampu bertukar hijau aku melihat ke belakang. 

Asyik tidur aje. Macam takde kerja lain. Aku meraup muka aku beberapa kali. Melalui Sekolah Teknik dan juga Politeknik bermakna aku akan melalu kawasan Bukit Bauk yang banyak menyimpan cerita-cerita mistik. Aku menaikkan sedikit cermin kereta yang aku turunkan sebentar tadi.
     
Keadaan luar yang agak gelap dan kelam buat otak aku berfikir yang bukan-bukan. Dengar cerita dulu kat Bukit Bauk ni ada puteri bunian yang tinggal. Tak tahulah betul ke tidak. 

Kalau betul pun rasanya tak ingin aku nak jumpa. Biarlah orang lain yang jumpa jangan aku sudah. Selepas mengambil selekoh, hidung aku terhidu bau yang sangat busuk. Kembang kempis hidung aku menahan bau yang tahap longkang tu. Aku pusing ke belakang. 

Aku tengok gadis tu masih tidur takkanlah orang tidur boleh kentut kot. Aku perlahankan sikit kelajuan yang aku bawa untuk melihat kot-kot ada timbunan sampah yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan ini. Takde apa-apa pun. Naik sebu rasanya perut aku. Nak termuntah aku. 

Tapi yang herannya gadis tu okey aje tidur. Nafas aku tengok turun naik selamba aje. Takkanlah tak berbau kot. Aku dah mual dah rasanya tunggu nak keluarkan isi perut aje tapi aku tahan. ½ jam lepas tu barulah baunya hilang tu pun nasib baik aku turunkan sikit cermin kereta kalau tak mau mati aku kelemasan menghidu bau yang tahap tosik ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...