Sunday, October 23, 2011

AKU BUKAN PEMBUNUH...Siri 3...



Cuma yang aku bimbangkan hal yang satu lagi tak tahu bila nak selesai. Masuk hari ni dah 3 hari aku tinggal kat rumah Zali,Zali pun tak tanya aku apa-apa aku pun malas nak cerita, biarlah. Lepas Zali pergi menoreh, aku turun lepak kat bawah pokok rambutan depan rumah Zali, tengah syok-syok aku duduk situ, aku ternampak sebuah kereta peronda polis,ya! Allah apa yang aku harus buat, cepat-cepat aku bangun dan berjalan pantas masuk kerumah.

Semua tingkap dan pintu semuanya aku tutup, aku cuma mengintai di sebalik lubang kecil yang ada. Aku nampak kereta peronda polis berhenti tak jauh dari rumah Zali, takutnya tuhan aje yang tahu, macamanalah kalau polis tangkap aku,punahlah masa depan aku, malu tu tak usah nak ceritalah, aku mengintai lagi fuh!!.. selamat aku kereta polis tu dah blah.

Aku berkurung dalam rumah dengan keadaan semua pintu tingkap tertutup, panas tak usah ceritalah tahap rentung aku duduk dalam ni. Hampir tengahari Zali pun balik, perasaan hairan terdetik dalam hati Zali bilamana dia melihat keadaan rumahnya yang sunyi lagi sepi, Zali berfikir mungkin juga yang kawannya tu dah balik semula kerumahnya maklumlah dah lama sangat makan tanggung kat rumah dia, biarlah.

Alangkah terkejutnya Zali bilamana dia buka pintu rumahnya kerana melihat aku terbaring dalam keadaan yang peluh hampir seluruh tubuh.

“Ooooii.. Mat, bangunlah” Zali menyepak punggung aku lantas terus membuka pintu dan tingkap, tak tahan dengan bahang matahari yang menyelubungi dalam rumahnya itu.

“Heeiii...Zali jangan buka tingkap tu banyak sangat.” Aku cepat-cepat menegah perbuatan Zali yang membuka hampir keseluruhan.

“Kenapa pulak kan panas ni biarlah angin masuk sikit lagipun inikan rumah aku ikut suka akulah, yang kau tu apahal siang hari ni tidur dalam keadaan macam ni, buang tabiat nak mampus ke, kalau kau ada niat nak mampus jangan kat rumah aku sebab aku taknak menanggung risiko, faham!!!!” Aduh!! Berbisa sungguh kata-kata yang keluar dari mulut Zali betapa kejamnya Zali terhadap aku,

“Tak tadi aku ternampak kereta peronda polis lalu kat sini, tu yang aku risau tu.” Tergagap-gagap aku beritahu pada Zali, bimbang jugak kalau Zali naik angin lagi.

“Biarlah kereta polis tu lalu kat sini yang kau takut tak tentu pasal ni kenapa, kau ada buat salah ke? Atau kau mencuri, hmm....melihat muka kau ni aku yakin kau mesti buat perkara yang tak senonoh pada anak dara orangkan betul tak!!!” terperanjat aku bila disergah dengan kuat oleh Zali, rasa melayang separuh nyawa aku.

“Aaaakkkuuu.......”tak sanggup rasanya untuk aku memberitahu Zali pasal perkara ni sebab aku taknak Zali pandang serong pada aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...