Monday, October 24, 2011

AKU BUKAN PEMBUNUH...Siri 4


“Cakap cepat apa yang kau dah buat hah!!” Tiba-tiba Zali mencekak leher aku agar aku memberitahu apa yang telah aku lakukan. Tak sanggup rasanya bila aku diperlakukan sebegini rupa.

“aku dah bunuh......

“Apa kau dah bunuh orang. Tak sangka kau sanggup buat perkara terkutuk tu, aku tak nak bersubahat dengan kau lebih baik kau blah dari rumah aku sekarang jugak.” Apalah tak sempat aku cakap lagi si Zali ni dah menyampuk, geram betullah aku.

“Aku bukan bunuh oranglah,”Aku mengeluh sedikit bila mengenangkan sikap Zali pada aku.

“Habis tu apa yang kau dah bunuh.” Tanya Zali dengan muka yang penuh suspen

“Aku bunuh katak, aku geli bila tiap kali aku basuh pinggan, makan, kadang-kadang tu sampai kat tempat tidur pun katak-katak tu merayap naik aku geli sangat-sangat sebab tulah hari tu aku naik marah kemudian aku pukul katak-katak tu dengan kayu, banyak sangat yang mati, mayatnya aku tanam bawah rumah aku sebab aku takut kalau ada sapa-sapa yang jumpa, aku takut kena tangkap polis kau sendiri tahukan sekarang ni banyak sangat kes bunuh,aku taknak masuk penjara, aku masih lagi nak menoreh kat kebun getah arwah ayah dan mak aku tu. Tu yang aku sembunyi kat rumah kau ni.” Aku bercerita pada Zali untuk meraih simpati darinya.

“Oooo macam tu ceritanya, baiklah sebelum aku humban kau keluar lebih baik kau keluar sendiri sebab aku tak punya kawan yang bodoh lagi bangang macam kau.” Sikit punya kuat daa.. suara Zali marah pada aku.

“Kenapa kau buat aku macam ni Zali, aku....”

“ Tak payah beraku-aku, macamana aku tak tahu kau sekolah sampai tahap mana tapi melihat pada ketololan kau ni aku yakin mesti kau tak pernah masuk sekolah, hei! Bodoh bunuh katak mana masuk penjara polis pun tak hingin nak bicara kes kau yang bodoh tahap cipan ni faham.” Satu tendangan gelombang kame hame ha kena pada aku, mata aku rasa berpinar-pinar. Terhuyung-hayang aku mencari tempat untuk berpaut.

“Dengar sini sebelum aku amuk seluruh kampung ni lebih baik kau blah, aku tak nak tengok muka kau sampai bila-bila. Blah sekarang jugak.” Pantas saja Zali menghumban beg pakaian aku ketanah dan aku dengan muka yang amat malu sangat-sangat terus menghilangkan diri aku dengan menggunakan hikmat seribu bayang.

Sunday, October 23, 2011

AKU BUKAN PEMBUNUH...Siri 3...



Cuma yang aku bimbangkan hal yang satu lagi tak tahu bila nak selesai. Masuk hari ni dah 3 hari aku tinggal kat rumah Zali,Zali pun tak tanya aku apa-apa aku pun malas nak cerita, biarlah. Lepas Zali pergi menoreh, aku turun lepak kat bawah pokok rambutan depan rumah Zali, tengah syok-syok aku duduk situ, aku ternampak sebuah kereta peronda polis,ya! Allah apa yang aku harus buat, cepat-cepat aku bangun dan berjalan pantas masuk kerumah.

Semua tingkap dan pintu semuanya aku tutup, aku cuma mengintai di sebalik lubang kecil yang ada. Aku nampak kereta peronda polis berhenti tak jauh dari rumah Zali, takutnya tuhan aje yang tahu, macamanalah kalau polis tangkap aku,punahlah masa depan aku, malu tu tak usah nak ceritalah, aku mengintai lagi fuh!!.. selamat aku kereta polis tu dah blah.

Aku berkurung dalam rumah dengan keadaan semua pintu tingkap tertutup, panas tak usah ceritalah tahap rentung aku duduk dalam ni. Hampir tengahari Zali pun balik, perasaan hairan terdetik dalam hati Zali bilamana dia melihat keadaan rumahnya yang sunyi lagi sepi, Zali berfikir mungkin juga yang kawannya tu dah balik semula kerumahnya maklumlah dah lama sangat makan tanggung kat rumah dia, biarlah.

Alangkah terkejutnya Zali bilamana dia buka pintu rumahnya kerana melihat aku terbaring dalam keadaan yang peluh hampir seluruh tubuh.

“Ooooii.. Mat, bangunlah” Zali menyepak punggung aku lantas terus membuka pintu dan tingkap, tak tahan dengan bahang matahari yang menyelubungi dalam rumahnya itu.

“Heeiii...Zali jangan buka tingkap tu banyak sangat.” Aku cepat-cepat menegah perbuatan Zali yang membuka hampir keseluruhan.

“Kenapa pulak kan panas ni biarlah angin masuk sikit lagipun inikan rumah aku ikut suka akulah, yang kau tu apahal siang hari ni tidur dalam keadaan macam ni, buang tabiat nak mampus ke, kalau kau ada niat nak mampus jangan kat rumah aku sebab aku taknak menanggung risiko, faham!!!!” Aduh!! Berbisa sungguh kata-kata yang keluar dari mulut Zali betapa kejamnya Zali terhadap aku,

“Tak tadi aku ternampak kereta peronda polis lalu kat sini, tu yang aku risau tu.” Tergagap-gagap aku beritahu pada Zali, bimbang jugak kalau Zali naik angin lagi.

“Biarlah kereta polis tu lalu kat sini yang kau takut tak tentu pasal ni kenapa, kau ada buat salah ke? Atau kau mencuri, hmm....melihat muka kau ni aku yakin kau mesti buat perkara yang tak senonoh pada anak dara orangkan betul tak!!!” terperanjat aku bila disergah dengan kuat oleh Zali, rasa melayang separuh nyawa aku.

“Aaaakkkuuu.......”tak sanggup rasanya untuk aku memberitahu Zali pasal perkara ni sebab aku taknak Zali pandang serong pada aku.

Saturday, October 22, 2011

AKU BUKAN PEMBUNUH...Siri 2...


Keesokan harinya aku pergi kerumah Zali, my best friend itupun masa susah ni aje masa lain aku tak ingat pada orang yang bernama Zali ni.jangan marah aaa....sampai kat rumah Zali, aiseymen...Zali pulak takde baru teringat Zali pergi kerja, macam orang bodohlah pulak aku tunggu Zali kat pintu pangkin bawah rumah dia. Aku pulak rasa-rasanya dah tak pergi kerja kot lagipun kerja menoreh getah macam aku ni apalah sangat takde orang nak marah Cuma duit ajelah yang kantoi sikit. Terperanjat Zali tengok aku sedang tidur bawah rumah dia siap dengan beg besar lagi.

“assalamualaikum.....Din, ni apahal tidur kat rumah aku ni, kau lari dari rumah ke? Selama ni kau tak pernah pun datang rumah adakah aku ni bermimpi atau kau yang dah tak betul. Tanya Zali dengan selamber sambil meletakkan bekas air yang di bawa menoreh.

“Waalaikumussalam..Zali aku bukan lari dari rumah saja je nak bercuti kat rumah kau takkan tak boleh kot. Lagipun kitakan kawan.” Aku sedikit mengampu, yelah bukannya apa nak minta tolong kenalah buat baik sikit.Aku tengok Zali diam aje, macamana nak beritahu hajat aku ni hah.

“Bercuti kepala hotak kau, begitu punya banyak tempat menarik kat Malaysia ni rumah buruk aku yang jadi pilihan hati kau tak logik dan tak masuk akal langsung atau kau ada sembunyi apa-apa dari aku tak ?” Kemudian Zali bergegas naik keatas rumah meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga aku tak tunggu Zali jemput aku lantas aku pun bergegas sama mengikut belakang Zali.

“Li.... boleh tak kalau aku nak tumpang semalam dua kat rumah kau, “ aku bersuara setelah sekian lama menunggu kot-kot Zali pelawa aku tapi haram.....

“Nak tumpang rumah aku nak buat apa, apa kau dah takde rumah ke, gila apa kau ni ada rumah tapi nak tumpang rumah aku.” Aduh!!! Toing kena sebijik atas kepala aku, macamana yek.

“Bukan takde rumah tapi aku suruh orang baiki rumah aku tu yang aku nak menumpang kat rumah barang sehari dua.Bolehlah Zali kesian kat aku.” Aku masih lagi berdalih untuk menarik perhatian Zali

“Aik!!!.. orang miskin macam kau ni pun ada duit ke baiki rumah, nak makan pun selalu miss ada hati nak baiki rumah tak payah lah kau nak kelentong akulah.”selamber aje si Zali ni hina aku, nasib baik aku tengah susah kalau tak dah lama Zali ni kena tendang dek aku ni.

“Kau dah hina aku ni, kau nak bagi aku tumpang ke tak?” nada suara aku pun dah lain macam ni, ni yang aku hangin satu badan ni.

“Alah kau ni gurau sikit pun tak boleh, yelah,yelah duduklah seberapa lama kau nak duduk, rumah aku ni pun bukannya ada orang pun, tapi janganlah pulak menumpang terus.”

“Terima kasihlah Zali, kaulah sahabat aku dunia akhirat.”Aduh gembira betul hati aku rasanya dah selesai satu masalah yang menimpa kepala hotak aku.

Friday, October 21, 2011

AKU BUKAN PEMBUNUH....siri 1


“Ya Allah !, apa yang aku dah buat ni, aku dah bunuh dia, tidak! Tidak! “Aku menguis dengan kaki untuk melihat samada ianya masih bernyawa ataupun tidak lagi ternyata ianya langsung tidak bergerak dan aku tak sangka tindakan aku menyebabkan hilangnya satu nyawa yang tidak berdosa.

Aku dah jadi pembunuh, aku tak sanggup nak membayangkan yang aku akan habiskan sisa-sisa kehidupan didalam pagar besi yang tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan. Apakah ini kesudahan hidup aku, nanti dulu sebelum ada sapa-sapa yang nampak perbuatan aku ni aku akan cuba menyembunyikan mayat ni.

Aku mengulungkan mayat ni dalam kain batik peninggalan mak aku lalu aku tanamkanya dibawah rumah aku. Selesai kerja terkutuk yang aku lakukan rasa macam nak meraung, nak menangis, nak gila pun ada. Aku mengigit kuku jari aku sampai rasa macam dah nak hancur kuku aku, aku tak dapat berfikir yang aku fikirkan aku mesti lari dari sini. Dalam dok berkira tu akhirnya aku terlelap. Apa punya oranglah dalam takut-takut sempat lagi aku tidur.

“tolong!!!...tolong!!!!!...jangan bunuh aku, aku tak sengaja dengan apa yang aku lakukan aku tak salah.

Tolonglah!!!!.....aku mengapai-gapai tangan aku dan aku rasakan mayat itu semakin hampir dengan aku, dengan pantas tangan mayat itu mencekik leher aku nafas aku semakin sesak aaaaa...... aku tersentak dari tidur.Fuh!!..nasib baik aku cuma bermimpi kalau betul aku tak tahulah macamana aku sekarang ni. Aku tengok jam,ah! Baru pukul 11.00 malam rupanya.

Ya! Allah apa yang aku harus lakukan, ketakutan masih menguasai diriku. Aku kedapur untuk mengambil air, dahaga pulak rasanya tekak aku. Aku duduk di kerusi sambil berfikir apa yang aku harus lakukan kalau betullah mayat tu bangun mencari aku, apa yang aku harus buat, semuanya salah aku kalau buat satu-satu benda tu tak pernah nak fikir dulu.

Tiba-tiba aku terdengar satu ketukan di pintu rumah aku,entah siapa agaknya malam-malam macam ni, jangan-jangan.....ah! tidak..tidak aku tak mahu nak mengingati apa yang bakal terjadi, aku cepat-cepat masuk kebilik dan berkelubung dalam gebar, haba panas tak usah cakaplah tahap rentung rasanya.


bersambung....


MEMORI INDAH INI...
terpaksa aku henti kan jap..
sebab...
kekeringan idea...ha3....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...