Sebenarnya aku tak tahu apa yang nak aku tulis tapi rasa-rasanya macam kisah hidup aku aje. Tapi nak kata ni kisah benar tak jugak tapi nak kata kisah tipu pun tak jugak. Apa-apa ajelah. Layaannn….zash….. chewah macam rancangan melodi pulak. Aku punya mak dan ayah alah macam orang lain jugak ada mak bapak Cuma segelintir aje yang lahir tak berbapa mungkin tersilap landasan atau pun bapak dia dah meninggal. Tak bapak diorang meninggal mak meninggal tapi macam aku ni dah kira bertuahlah sebab aku ada semuanya. Cukup lengkap.
Zaman sekolah aku pun tak banyak berbeza dengan orang lain. cuma kadang-kadang tu bila angin bodoh aku datang satu apa pun yang cikgu ajar tak masuk dalam kepala hotak aku ni. tapi bila time angin cerdik aku datang hah! cikgu pun tak dapat nak ajar aku. maklumlah cerdik melampau. lagipun aku ni sebenarnya bukannya bodoh sangat cuma malas nak belajar bila dah dekat nak periksa barulah aku buka buku. bukannya aku tak nak baca buku tapi kadang tu baru buka buku mata aku ni rasa berat sangat macam ada batu aje atas mata aku tu. tu yang malas sikit nak baca buku. aku menamatkan zaman persekolahan rendah dengan merangkul pangkat 3 dan keputusan periksa UPSR aku pun tak berapa memberangsangkan cuma sekadar 2A itupun nasib ada bahasa melayu kalau tak rasanya aku ni takdelah A. balik rumah semuanya sibuk tanya pasal aku, rimaslah mengalahkan artislah pulak. bila ayah balik dari kerja aduh, jenuh aku kena marah naik nipis rasanya cuping telinga aku. malam tu aku tidur dalam kelaparan yang amat sangat. merajuk konon lepas kena marah hah! padanlah muka aku. perut aku pula tak reti-reti nak duduk diam-diam asyik-asyik nyanyi lagu dangdut naik sebu perut aku. Dalam kelaparan yang amat sangat akhirnya aku tertidur juga. Tak lama lagi aku akan bersekolah menengah. rasa sayang sangat nak tinggalkan sekolah rendah aku yang banyak menyimpan segala memori indah baik yang manis mahupun yang tak berapa manis. paling penting sekali rasanya aku tak sanggup nak tinggalkan seseorang yang paling aku minat kat sekolah tu. nak tahu namanya tapi rasanya tak payahlah kot. Tak penting cuma aku aje yang minat. Bukan minat apanya sekadar suka tengok dia itupun dari jauh. Dia jauh lebih cerdik dari aku. rasa-rasanya tentu dapat sekolah yang lebih baik bukan macam aku main tangkap muat aje janji dapat sekolah. Ah! boringlah cerita pasal nanti korang kata aku ni kecik-kecik dah pandai nak mengurat. tak sesuai langsung.
Sepanjang cuti sekolah yang panjang ni rasa boring begitu mencengkam hati aku. rimaslah terpaksa jaga adik-adik aku yang seramai 3 orang. kalau perangai sorang-sorang tu baik takpelah jugak ni ya Allah mengalahkan setan adalah. aktiviti aku hanya sekadar di kawasan rumah. paling jauh pun ke kedai itupun boleh dikira dengan jari berapa kali aku ke kedai Pak Samad yang tak jauh dari rumah aku. itupun kalau naik basikal kalau jalan kaki busuk jugak ketiak tu. Selain dari jaga adik aku kerja aku hanya tengok tv. macam-macam cerita yang aku tengok, rasanya kalau masuk pertandingan pop kuiz ni mesti aku yang jadi juaranya. Aaaaa.........boringnya. rasa macam nak bunuh diri aje tapi Astagfirullahalazim...apa yang aku fikirkan dalam kepala hotak aku ni. Itu kan kerja orang yang takde iman dalam hatinya. Untuk tidak memikirkan perkara yang bodoh-bodoh tu aku pun keluar, sapu sampah kat laman lagi bagus. Tengah syok menyapu aku nampak mak aku balik. Mungkin dari rumah Makcik Bedah. Aku sebenarnya tak berapa suka sangat dengan Makcik Bedah tu bukannya apa mulutnyalah yang paling aku tak suka mengalahkan mulut murai kalau dia start menceceh.
"Dah masak Ira? Mak bertanya sebaik aje melabuhkan punggungnya di bangku kayu depan pokok mempelam. tak logik langsung pertanyaan yang keluar dari mulut mak kan. Ada ke aku yang baru nak naik tingkatan satu ditanya dah masak ke belum tak logik dan tak masuk akal langsung.
"Belum. Ira cuma masak nasi aje. lauk belum lagi." Aku menguis daun kayu yang terlekat pada penyapu.
"Belum? kau buat apa kat rumah sepanjang hari ni sampai tak masak apa-apa pun. Hmm...apalah nak jadi dengan kau ni Ira. Belajar pun tak sampai kemana buat kerja rumah pun malas. Dahlah mak masuk dulu nak masak kang ayah kau balik marah pulak nanti." Mak berlalu dari situ. aku sekadar mengeleng kepala aku. sepatutnya akulah yang tanya mak apa yang dia buat kat rumah Makcik Bedah tu. dari pagi sampai petang tak habis lagi bergossip. Suka sangat tambah dosa. Entahlah apa yang aku nak cakapkan lagi.Aku meneruskan kerja aku yang tertangguh tadi sambil tu mata aku sibuk mencari kelibat ke bayang-bayang adik aku yang entah kemana menghilang tu. sejak petang tadi langsung tak nampak muka.
Tinggal seminggu lagi sekolah nak buka. seronoknya aku tak usah nak cakaplah. bukan apa kuranglah sikit beban aku jaga adik-adik aku. namanya adik dah besar tapi nak kena jaga macam budak kecik. Punyalah semangat membara nak sekolah semua kelengkapan untuk persekolahan aku tu semuanya dah siap. complete. jangan ada sapa nak kacau barang aku. hancur aku hentam tangan nanti. tapi yang paling aku bengang sekali bila mendapat suara tawaran yang menempatkan aku kat sekolah yang langsung aku tak suka. Bukan tak suka sekolah tapi sekolah tu jauh dalam kampung habis tu aku nak pergi dengan apa. Basikal bukannya aku ada. dulu masa sekolah dulu aku cuma jalan kaki aje takkanlah naik sekolah menengah ni aku nak jalan kaki jugak. Sikit punya jauh tu mahunya nak sampai sekolah ketiak dah rentung baunya. nak naik bas bukannya ada bas masuk pun kat sekolah tu. Hah! nak tahu sekolah apa. Nama sekolah tu sekolah menengah kebangsaan tooottt........ sorry tak boleh cakap nanti pecah rahsia aku kalau buatnya korang cari aku kat sana. tapi takpelah aku bagi singkatan aje SMKBT. Korang carilah sendiri. Disebabkan perkara nilah aku jadi tak lalu nak makan tapi nasi aku tambah juga dan disebabkan perkara ni jugaklah aku tak lalau nak tidur walaupun kadang-kadang tu terlelap juga barang seminit dua. aduh! apa yang aku harus buat. nak minta pendapat mak aku huuu....jauh sekali. dari dengar luahan hati aku mak lebih suka bergossip dengan Makcik Bedah tu. Ayah? susahlah ayah aku sering takde kat rumah. Selalu masuk hutan. Bukannya ayah aku orang hutan tapi ayah aku kerja sebagai pengawas hutan. Alah macam pengawas sekolah jugak yang bezanya pengawas sekolah jaga budak sekolah tapi ayah aku kerja mengawas pokok terutamanya balak yang mungkin takut dicuri oleh orang yang tak bertanggungjawab. Chewah..... macam buat karangan pulak aku nikan.
Akhirnya hari yang aku tunggu tiba juga akhirnya. tapi terpaksalah tumpang pakcik kat rumah aku tu dia kerja tukang kebun kat sekolah. tak bestlah langsung dahlah sekolah petang mata aku bukannya boleh tahan sangat tambah kalau ada angin apalagi asyik nak terkatup aje. Sampai kat sekolah aku cuma duduk aje kat bangku depan dewan. habis tu dah tak tahu nak buat apa. sorang pun aku tak kenal. aku cuba jugak cari kelibat kawan-kawan aku manalah tahu kot-kot tersesat sorang dua. tapi hampeh. Tinggallah aku sorang-sorang dan terkulat-kulat macam ayam berak kapur. Tengah menunggu terdengar satu pengumuman yang memaklumkan agar semua pelajar tingkatan satu dan dua semuanya ke surau untuk menunaikan solat zohor. Masya Allah macamana aku boleh lupa yang aku langsung tak bawa kain sembahyang habis tu aku nak sembahyang dengan apa. Parah aku macam ni. dalam pada itu aku melangkah jugak menuju ke surau. Tiba-tiba datang seorang pengawas kearah aku bila ditengoknya aku masih tak berganjak dari tadi.
"Apasal tak sembahyang? tanya pengawas yang tinggi lampai tu. Tangannya dah siap pegang pen, tu takde kerja lainlah tu mesti nak tulis nama aku.
"Cuti kak." aku terpaksa berbohong. Takpelah bohong sunat. Darurat.
"Cuti? aik! baru aje buka sekolah dah nak cuti." Loyar buruk pulak akak pengawas ni.
"Bukan maksud saya, saya tak boleh sembahyang." Slow aje suara aku takut ada orang yang dengar.
"Hah! period. Cakaplah dari tadi taklah buang masa aku." Akak pengawas tu pun berlalu. Lega kejab tapi ada orang pandang-pandang muka aku. Pigirah..... Lepas aje habis sembahyang semua pelajar tingkatan satu diminta beratur kat depan perhimpunan untuk pembahagian kelas. Aku hanya mengikut orang lain aje. Semua kelas dah dibahagi berdasarkan keputusan UPSR. Memandangkan aku mendapat 2A aku ditempatkan di kelas perdagangan. Aku pun ikutlah pelajar yang kelas sama dengan aku. Sesi persekolah hari ni takde kegiatan apa-apa pun. Cikgu yang masuk pun cuma sekadar berkenalan aje. Naik lenguh aku. Kejab-kejab bangun. Kejab-kejab duduk. Tibalah waktu rehat.Aaku ingat masa rehat ni aku nak tidur kejab. Mengantuk sangat. Dari tadi dah aku cuba tahan. Semua orang dah keluar tinggal aku sorang aje, baru nak lelap datang 2 orang pengawas menyuruh aku keluar katanya waktu rehat tak boleh duduk dalam kelas. Aku pun bangunlah mana nak merayau tak tahulah aku ni. At last aku duduk aje depan kelas menyandar pada dinding sementara menunggu loceng habis rehat.
"Hei.. Mira, kau pun sekolah kat sini? Satu tepukan yang agak kuat di bahu aku. aku berpaling untuk melihat sapalah yang berani buat aku macam ni.
"Laa...kau Milah. Nasib aku jumpa kau kalau tak mau mati aku kat sini. Satu orang pun aku tak kenal tau." Syukur sangat rasanya aku jumpa juga dengan orang yang aku kenal. Sebenarnya milah ni bukannya pun kawan aku cuma sesekali aje aku ada jumpa dia sebab dia duduk kelas yang lain dari aku jadi kiranya bukannya member kamceng pun tapi time terdesak macam ni rasanya boleh pakai jugak kan. heee...jahatnya aku ni. Harap-harap dia tak tahu niat aku ni.
"Apa pulaknya. sebenarnya ramai juga kawan kita kat sini cuma diorang dapat kelas lain. heh! kau duduk kelas mana hah." Milah menghulurkan kacang hijau pada aku tapi aku menolaknya sebab aku takut perut aku masuk angin nantikan lain pulak jadinya.
"Aku duduk kelas perdagangan 2, kau kelas mana?
"Ooo...aku kelas perdagangan satu, blok sebelah sana. patutlah kita tak jumpa. aku pun kebetulan lalu sebab baru balik dari pejabat sekolah." panjang lebar Milah bagi keterangan pada aku tapi satu pun tak menarik perhatian aku. Lantaklah kau nak kemana pun.
"Kau buat apa kat pejabat sekolah? aku bertanya sekadar nak mengambil hati Milah. Yalah kalau tak jumpa dia mau mati kering aku sorang-sorang kat sini.
"Aku minta borang nak tukar sekolah lainlah. Susah sangat aku sekolah kat sini takde kenaikan. Ayah aku bukannya nak hantar pun."
"Eh! Abang kau kan ada?
"Abang aku? kirim salam sikit daripada dia hantar aku rasanya dia lebih suka terjun lombong. Abang aku tu bukannya boleh diharap sangat."
"Ye ke?. Kau pun macam akulah. Aku datang sekolah ni pun tumpang pak Abu. balik nanti tak tahulah aku. Menapak jalan kaki pun jauh jugak." buat seketika aku terdiam. Bagus jugak jumpa dengan milah ni. Adalah jugak idea dia. Rasanya aku pun nak minta tukarlah sekolah kat SMKM. Kalau sekolah kat situ aku boleh naik bas takyahlah nak sakit kepala tumpang motor buruk pak Abu. Buat sakit pinggang aku aje.
"Milah, temankan aku gi pejabat jap, aku nak minta borang tukar jugaklah."
"Jomlah lambat nantikan loceng bunyi pulak." Aku dan Milah pun berjalan menuju ke pejabat. Tapi nanti kalau mak aku tanya apa aku nak jawab. Aku mengaru kepala yang dilitupi kain tudung. Takpelah pasal tu cerita balik karang yang penting aku tak nak sekolah kat sini. Kedengarn jeritan loceng yang nyaring menandakan habisnya waktu rehat. Aku cepat-cepat menuju kekelas aku selepas berpisah dengan milah. Sampai kat kelas aku tengok takde sorang pun orang. Ah! sudah mana pulak diorang semua pergi ni. Aku meninjau jugak tapi akhirnya kau malu sendiri. Rupanya diorang semua pergi ke surau untuk solat asar. Apa daa..macamana boleh lupa Akhirnya tamat juga seksa aku hari ni. Aku seperti pelajar lain sama naik berebut untuk pulang tapi aku tak tahu nak balik dengan sapa. tengah dok berkira-kira aku nampaklah Haikal, sepupu aku dengan motor honda ex5 dia. Aku cepat-cepat menuju kearahnya manalah tahu kot-kot dia ajak aku. Yes! betullah dia memang nak jemput aku balik. Katanya mak aku yang suruh. Hmm...sayang jugak mak kat aku kan. Selepas Isyak aku pun masuk tidur. nak buat kerja sekolah pun bukannya ada kerja sekolah lagi jadi baik aku masuk tidur awal sebelum adik-adik aku suruh aku macam-macam. Sebenarnya aku bukan nak tidur sangat pun tapi aku nak isi borang tukar sekolah. Esok kerani sekolah tu dah suruh hantar. Harap-harap kalau ayah keluar hutan nanti dia tak marah kat aku.
Pukul 11 aku dah tunggu Pak Abu kat simpang depan rumah aku. tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul heh! apa pulak yang dok lalok ni. Geram betullah dah dekat pukul 12 Pak Abu tak datang lagi. Sampai tengkok aku rasanya dah terpusing tulangnya. Apataknya asyik dok melilau cari bayang Pak Abu. Aku tengok jam kurang sikit aje lagi pukul 1. hish...tak boleh jadi ni. Kalau lambat lagi ni mau kena denda aku ni. Mata aku melilau mencari sapa yang akan jadi mangsa aku. Tiba-tiba aku ternampak sepupu aku Haikal, rasanya dia balik nak makan tengahari tu.
"Haikal...Haikal....suara jerit aku dah mengalahkan bini tarzan pulak.
"Amboi sedapnya bahasa panggil aku macam tu." Haikal mematikan enjin motornya.
"Sorrylah, boleh tolong Ira tak? Aku buat-buat muka kesian. biasalah nak minta tolong orang kenalah berbudi bahasa sikit.
"Nak tolong apa? tanya Haikal lagi.
"Tolong hantar Ira pergi sekolah dah lewat sangat ni. Pak Abu tak datanglah." Cukup panjang lebar aku bagi keterangan yang bengangnya bila Haikal buat muka bodoh je. Tension betullah.
"Ooo...nak minta tolong hantar pergi sekolah, boleh......boleh blah." Haikal tersengih suka sangatlah tu.
"Janganlah macam tu. Pleaseee.....sekali ni aje."
"Hmmm....nanti aku fikir dulu. Boleh tu boleh tapi sebelum tu kena panggil 'abang' dulu baru aku hantar kau. amacam."
"Ya! Allah mengadanya. Minta tolong sikit pun berkira. Taknak tolong sudahlah." Aku pura-pura merajuk, ingatkan Haikal ni nak tarik balik syarat dia tapi hampeh. nak tak nak aku terpaksa jugak ikut rentaknya yang ntah apa-apa. nak minta tolong orang terpaksalah.
"Yelah...yelah... abang Haikal boleh tolong hantar Ira pergi sekolah." Aku mencebik.
"Boleh sayaaang.....cepatlah naik sementara abang tak ubah fikiran lagi ni." Haikal ketawa riang. panggil macam tu pun dah tersengih macam kena loteri. menyampah aku. aku cepat-cepat naik motornya dan Haikal memecut motornya macam nak mati hari tu jugak. Habis jilbat aku. Selamat jugak aku sampai kat sekolah. tanpa ucapan terima kasih terus aje masuk ke kawasan sekolah. aku nampak Haikal terkebil-kebil atas motor. Padan muka dia.
Letak aje beg aku terus menuju ke surau bila aku lihat takde seorang pun makhluk Allah kat dalam kelas ni. Hari ni aku bawa kain sembahyang aku sendiri jadi takyahlah aku nak tipu pengawas lagi. Sampai kat surau aku terus aje ambik air sembahyang dan duduk dalam barisan saf yang agak belakang sikit sambil menanti azan zohor kami semua dihidangkan dengan santapan minda dan rohani dari seorang ustaz yang aku masih lagi tak tahu namanya. Bukan nama ustaz ni aje yang aku tak tahu namanya tapi hampir keseluruhan nama cikgu dan cikgi kat sekolah ni yang masih aku tak tahu namanya. Masuk aje waktu solat, seorang pelajar lelaki melaungkan azan. Suaranya begitu gemersik sekali entah sapa ntah. Lepas aje solat, aku bersama dengan pelajar lain berebut mengambil kasut. Dapat aje kasut, aku terus menuju kekelas. Sampai kat kelas rupanya dah ramai yang masuk. Bila masa diorang masuk pun aku tak tahu. Ingatkan aku dah yang terpantas rupanya diorang lagi pantas. Cikgu yang pertama pun masuk, namanya Cikgu Wan Mohammad. Orangnya sedikit berumur, badan agak gempal dengan memaki kopiah dan terselit kacamata yang berwarna kelabu. Rambutnya pun dah banyak yang beruban. Cikgu Mohammad ni merupakan guru kelas aku. Semua pelajar diminta tulis nama pada buku diatas meja guru untuk tujuan tanda nama. Aku seorang yang tak pergi sebab aku yakin dapat tukar ke sekolah lain jadi buat apa aku susah payah nak buat nametag buat buang duit aku aje. Nanti dah banyak sangat tak pasal-pasal aku kena pelangkung pulak dari mak aku. Rupanya tindakan aku tu buat Cikgu Mohammad bertanya pada aku. Kantoi jugak ni.
“Sapa nama yang kat tepi tingkap tu, boleh bangun dan perkenalkan diri.” Tangan Cikgu Mohammad tertuju pada aku. Semua mata menumpu kearah aku.
“Nama saya Amira binti Sharif.” Lepas bagitau nama aku pun duduk. Ingatkan dah habis rupanya tak lagi.
“Takkanlah dah habis, bagitaulah kat kelas asal dari mana, tinggal kat mana dan apa saja yang berkaitan dengan diri Amira. Takkan takde yang menarik pasal diri Amira. Pelajar-pelajar semua mesti nak tahukan. Betul tak?
“Betttuuulllll........cikgu.” Serentak aje diorang jawab macam nak kenakan aku aje. Yang lain takde pulak diorang tanya. Dengan muka yang agak masam aku bangun kembali.
“Saya berasal dari Pahang dan tinggal di Kampung Batu Enam. Saya...
“Tinggal kat sini dengan sapa? Tanya Cikgu Wan Mohammad lagi.
“Tinggal dengan ayah.” Aku lebih senang memerhatikan kuku tangan aku yang terlupa aku potong.
“Adik beradik berapa orang?
“Eerrr.....3 orang, saya yang sulung.”
“Habis tu kalau awak tinggal dengan ayah awak bermakna adik awak tinggal dengan mak awaklah ye.” Aku sekadar mengangguk kepala. Kemudian cikgu tu tanya aku lagi.
“Awak tak pernah jumpa dengan mak awak? Jumpa? Jumpa apa? kan...aku duduk dengan keluarga apa nak jumpa-jumpa pulak. Buang tabiat ke cikgu tanya aku macam-macam.
“Ada. Kenapa pulak cikgu? Aku pulak yang jadi confius. Apa tak confius semua pelajar macam asyik aje dengar cerita aku. Cikgu pulak langsung tak ajar apa-apa hari ni.
“Dah berapa lama mak dan ayah awak bercerai? Satu soalan yang bodoh yang keluar dari mulut cikgu aku yang kononnya begitu terpelajar. Masa tadi aku tak faham lagi dengan apa yang diperkatakan oleh Cikgu tu. Lepas keluar perkataan cerai baru aku faham rupanya dia ingat mak bapak aku bercerai tu pasallah sibuk sangat. Enak-enak dia aje kata mak bapak orang bercerai.
“Entah.” Lepas tau apa yang ada dalam kepala hotak cikgu tu aku pun dah malas nak menjawab apa-apa lagi.
“Takkan tak tahu.” Cikgu wan masih memujuk aku untuk dengar cerita aku. Tapi aku langsung tak endahkannya. Agaknya dia tahu aku dah marah. Macamana tak marah ada ke patut cakap mak bapak kita bercerai tak pakai otak ke.
“Awak tak boleh diam macam ni. Ni pun satu tanggungjawab saya sebagai seorang guru. Saya tak nak ada pelajar saya ada masalah yang boleh menyebabkan pelajaran terganggu. Awak dengar tak Amira. Cikgu sekadar nak tolong aje.” Aku hanya mediamkan diri aje sambil mata aku memandang kearah langit yang biru. Mungkin cikgu tu dah fed-up dengan aku kemuadian dia blah.
“Takpelah Amira, mungkin awak malu dengan kawan-kawan pasal ni. Takpelah kalau Amira ada nak cerita apa-apa pada saya datanglah jumpa saya tak payah nak malu apa-apa ye. Kalau boleh saya tolong, saya akan tolong.” Aku mencebik. Jangan haraplah aku nak cerita apa-apa. Lepas ni takdenya aku nak tinggal kat sekolah ni lagi. Aku baru aje dapat surat yang menyatakan pertukaran aku ke sekolah lain telah diterima. Gembiranya rasa hati aku tak payahlah nak mengadap muka cikgu yang menyibuk tak tentu pasal ni. Tak masuk akal langsung kata mak bapak kita bercerai ni kalau tahu dek mak aku ni mahu bercerai tubuh aku ni.
Selama seminggu aku bersekolah disini dan rasanya takde satu pun kenangan manis yang sempat aku ukir bersama dengan pelajar kat sini. Hari Ahad minggu berikutnya aku melaporkan diri kat sekolah SMKM. Hari pertama ni aku pergi dengan Haikal. Kebetulan dia lalu ikut jalan yang sama jadi tak salah rasanya kalau aku tumpangnya sekerat jalan. Lagipun Haikal dah janji nak temankan aku daftar sekolah. Punyalah beria-ia nak hantar aku ingatkan sampailah kat depan pintu Pengetua rupanya dia tinggalkan aku kat tepi padang sekolah. Lepas tu suruh aku cari sendiri pejabat. Mangkuk ayun betullah. Kalau macam ni baik aku pergi sendiri aje. Hati pun tak sakit. Aku meninjau sekeliling untuk cari mana letaknya pejabat sekolah. Bila dah sahih kat mana aku terus menuju ke sana. Berpeluh jugak ketiak aku. Jangan berbau dahlah. Dalam aku terjenguk-jenguk adalah seorang ustaz yang menegur aku. Laa...rupanya Ustaz Aiman, ustaz kat sekolah rendah aku dulu. Patutlah dah tak nampak muka ustaz ni rupanya dah bertukar ke sekolah menengah. Nasib jumpa dengan ustaz Aiman ni, dialah yang bawa aku jumpa pengetua bahagian petang.
Selepas Ustaz Aiman bagi aku kelas aku terus aje menuju kekelas yang aku sendiri tak tahu kat mana. Takpelah kan ada mulut boleh tanya kat orang. Dah tahu kat mana aku terus aje kesana tapi sayangnya aku nampak takde sorang pun pelajar kat dalam kelas tu. Aku mengaru kepala aku dari balik jilbat yang aku pakai. Haru macam ni mana lagi aku nak cari. Dah lah sekolah ni besar. Aku menjenguk ke bawah dan ya!Allah rupanya semua pelajar ada kat dewan. Aduh buat penat aku aje naik tangga. Aku terus turun ke bawah. Risik punya risik rupanya sekolah ni tak habis lagi minggu suaikenal. Patutlah dok berkumpul kat dewan lagi. Aku pun dengar jugaklah ceramah dari cikgu sekolah baru aku ini. Tapi dah sekerat jalan aku dengar tak faham satu apa pun tapi layan ajelah.
Lepas aje cikgu tu habis ceramah semua pelajar dikehendaki beratur untuk pergi kekelas masing-masing. Aku dah tahu dah kat mana terus ajelah beratur ikut barisan kelas. Sampai aje kat kelas diorang semua ni macam kambing yang baru terlepas kandang. Berebutkan tempat duduk. Apa punya perangailah aku pun tak tahu. Tadi depan cikgu bukan main lagi sopannya. Aku mengeleng kepala sambil tu mata aku meliar mencari tempat yang kosong. Tempat lain semuanya dah penuh tinggal yang kat belakang sekali aje yang kosong. Nak tak nak terpaksalah aku duduk jugak. Aku pandang sekeliling semua orang ada kawan Cuma aku sorang aje yang takde kawan. Dah takde kawan untuk berbual aku pun hanya mendiamkan diri sampailah cikgu kelas aku masuk. Namanya cikgu Rohani. Orangnya kecil-kecil cili api sebab perkataan yang keluar dari mulut dia tu aduh pedas betul. Berkulit sawo matang dan memakai selendang kecil aje sekadar cukup menutup rambutnya.
Sesi permilihan ketua kelas dan penolong dilakukan. Aku hanya memerhati sebab aku takde sapa-sapa yang aku nak calonkan. Aku sekadar mengikut aje. Cikgu kata sapa yang setuju angkat tangan, aku pun angkat tangan dah macam pak pandir aku ni asyik mengikut aje cakap orang. Tapikan yang jadi ketua kelas ni smart sangat. Namanya Mohd Iman Haikal. Pergh....nama macam pelakon filem daa...
“Sapa nama Amira binti Sharif? Kuat sungguh cikgu Rohani melaung nama aku macamlah aku ni telinga pak mat tempe. Aku mengangkat tangan sambil terus bangun. Semua pelajar pandang ke arah aku, rasanya macam pesalah yang akan dikenakan hukuman gantung pulak.
“Awak pelajar baru ye?”
“Ya, saya cikgu.” Aku mengetap gigi aku.
“Betul ke nama ayah awak ni Sharif bin Montel, ke awak yang salah eja.” Cikgu Rohani mengangga mulutnya bila menyebut nama ayah aku, rasa macam nak masukkan batu aje dalam mulut dia. Semua orang pandang aku.
“Ye, saya cikgu.”
“Ooo.... takpelah saya ingatkan awak salah eja. Takpelah duduklah.” Semua orang pandang kearah aku. Macamlah berdosa ada nama macam tu. Nasib ada nama kalau tak....aku nampak rakan sekelas aku tersenyum tapi yang tak tahannya ada satu budak lelaki tu, dia punya ketawa aku rasa boleh masuk meja cikgu kat dalam mulut dia. Menyampah betul aku melihatnya. Aku diam sambil mengigit bibir aku. Nanti kau. Selepas habis waktu, cikgu Rohani keluar dengan meninggalkan kelas yang agak bising. Sampai aku pun naik pening. Aku hanya memerhatikan keluar bilik darjah. Kebetulan nasib aku baik dapat tempat duduk kat tepi tingkap. Tengah syok layan blues tiba-tiba datang budak lelaki yang ketawa kan aku macam nak pecah mulut tu bersama-sama dengan 2 orang kawannya. Aku buat-buat tak nampak aje. Malas nak melayan.
“Amiraaa.....boleh saya tanya sikit tak? Dengan muka bodoh dia tersengih-sengih kat aku. Aku buat derk aje.
“Takpelah, diam tu bermakna saya bolehlah tanye awak kan. Kenapa tokki awak nama montel.” Kan betul aku dah agak dah mesti soalan bodoh tu yang akan keluar.Eeeiii......bencinya aku tengok dia ni.
“Yang awak ni sibuk kenapa. Saya minta makan dengan awak ke? Hangin satu badan aku.
“Amboi! Marahlah pulak.” Mamat ni tersengih-sengih menayangkan giginya. Nasib baik gigi tu cantik jugak. Malas aku nak menjawab soalan yang bodoh macam tu.aku sekadar menjeling aje.
“Takpelah Iwan kalau cik Amira kita tak nak jawab biar aku yang jawab.” Jawab kawan si mamat ni.
“Apa dia, aku tak sabarlah nak dengar. He...he...”
“Sebabnya masa kecil dulu tokki Cik Amira ni montel, sihat, cute, itu pasal lah nama montel. Betul tak?
“Betul...betul...Eeii....sengalnya aku dengan mamat 3 ekor ni.siap tiru gaya upin dan ipin lagi. Kalau ikutkan hati aku dah lama kasut aku ni masuk dalam mulut diorang. Tapi takpe kali ni aku masih lagi bersabar. Loceng berbunyi menandakan bermulanya waktu pembelajaran yang lain pulak dan aku masih lagi tak puas hati dengan mamat 3 ekor ni. Takpe ada lori ada bas ada hari kau taulah nasib kau nanti. Lepas sorang, sorang cikgu yang masuk dan yang paling bengang dan sakit hati bila diorang sentuh pasal nama. Semakin banyak cikgu yang bertanya pasal nama aku tu semakin besar pulak ketawa si mangkuk ayun tu. Muka aku pun rasanya dah nak bertukar jadi pontianak harum sundal malam dah.
BERSAMBUNG...........